HUAWEI semarakkan potensi generasi muda

HUAWEI semarakkan potensi generasi muda


Aspirasi dan matlamat generasi muda hari ini bukan lagi terikat kepada kejayaan tradisional, sebaliknya tertumpu kepada pertumbuhan peribadi, ekspresi jati diri dan keberanian menerima perubahan.

Mereka adalah generasi yang dahagakan peluang untuk didengari, difahami dan diperkasa sambil berani meneroka identiti unik mereka.

Menyahut seruan dan semangat ini, HUAWEI tampil melancarkan mesej komunikasi jenama terbaharunya, “Make it Possible: Now is Yours”.

Kempen ini adalah satu laungan pemerkasaan untuk golongan muda menghargai keunikan diri dan merebut setiap peluang bagi merealisasikan impian mereka.

Mesej ini mengemas kini etos “Make it Possible” yang dipegang HUAWEI sejak 2013 seterusnya meletakkan mereka sebagai jenama yang menyokong dan meraikan potensi generasi masa kini.

 

Lebih menarik, mesej ini turut dizahirkan melalui sebuah video yang meraikan kisah belia global dari pelbagai latar belakang dan budaya.

Video ini memaparkan pelbagai naratif inspirasi daripada peminat e-sukan di Timur Tengah, seorang doktor di Afrika yang juga pemain dram sehinggalah komposer muda Asia yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk berkarya.

Saksikan sendiri bagaimana setiap individu ini berani mengejar impian mereka.

Bagi HUAWEI, teknologi bukan sekadar inovasi tetapi ia adalah teman dan pemboleh yang membantu pengguna mengejar impian, mencari kegembiraan dan menghubungkan komuniti.

Menerusi kempen ini, peranti seperti siri HUAWEI Pura 80 Pro, HUAWEI Pura 80 Ultra, HUAWEI WATCH GT 6 Pro dan HUAWEI WATCH Ultimate 2 dilihat berperanan sebagai rakan kongsi teknologi, memperkasa detik-detik penting dalam perjalanan unik setiap individu.

Melalui “Now is Yours”, HUAWEI tidak cuba menetapkan nilai, sebaliknya memperkasa individu dengan teknologi untuk meneroka aspirasi mereka sendiri.

Ia adalah komitmen untuk membina dunia yang inklusif di mana potensi setiap individu diraikan dan segala kemungkinan dapat bersinar.

Ketahui lebih lanjut mengenai pelbagai inovasi HUAWEI di https://consumer.huawei.com/my/.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top