July 27, 2024

Hujan lebat lebih dua jam, Pendang dilanda banjir kilat

Hujan lebat lebih dua jam, Pendang dilanda banjir kilat


PENDANG – Hujan lebat lebih dua jam sejak malam ini menyebabkan Mukim Padang Kerbau di sini, dilanda banjir kilat.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka setakat jam 10.30 malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat bermula jam 5 petang tadi menyebabkan air naik dan memasuki kediaman penduduk.

“Kita terima laporan air mula memasuki lapan buah rumah penduduk di Kampung Cina di sini, pada jam 8.20 malam.

Anggota APM Kedah bantu penduduk bersihkan rumah yang dilanda banjir kilat.

“Susulan itu, anggota bergerak ke lokasi menaiki untuk melakukan pemantauan namun sebaik tiba pada jam 8.58 malam kita dapati air mula surut.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan selain pemantauan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa daerah dalam negeri Negeri termasuk Pendang. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top