Setiap wanita yang mengandung pasti ada kisahnya yang tersendiri. Paling sering kita dengar ialah soal mengidam. Tak kiralah mengidam makanan tertentu, mengidam bau-bauan, dan macam-macam lagi. Yang pelik-pelik pun ada tapi kebanyakannya kelakar.
Lain pula kisah mengidam selebriti berhijab popular Uyaina Arshad yang kini semakin berseri-seri sejak hamil anak kedua.
Ketika artikel ini ditulis, usia kandungan Uyaina mencecah 34 minggu.
Menurut pelakon dan pengacara terkenal ini, sepanjang mengandung dia sering menerima soalan berkenaan mengidam.
“Takde ngidam apa2 ke mengandung ni? Soalan yang I selalu dapat time pregnant,” tulis Uyaina di Instagram peribadinya baru-baru ini.
Ibu kepada seorang anak lelaki ini turut memberitahu kepada para pengikutnya dia tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam yang teruk-teruk.
“Honestly, sejujurnya, ngl, truth be told, I memang takde cravings.. Takde teringin makan apa2 yang terlalu melampau atau kalau tak dapat boleh merajuk atau meleleh air liur. Alhamdullilah..”
Kata Uyaina lagi, keadaannya sama sahaja seperti kehamilan pertama dahulu. Cuma selera makannya berbeza.
Bahkan, tempias mengidam pun banyak dialami oleh suaminya.
“First & second pregnancy sama. Takde mengidam teruk2. Cuma, selera makan je lain.
“Masa mengandungkan Urhan (anak pertama), selera I ikut selera Syahiran. Hari2 nasi kandar pun takpe. Pasta langsung tak suka. Tu Urhan suka makan maruku tu. Pastu Syahiran yang banyak mengidam tahap merajuk2 cranky kalau tak dapat.
“Second pregnancy ni pulak, I makan semua benda kecuali nasi kandar. Tapi kalau dah terpaksa makan, okay je.. But kalau boleh avoid, memang taknak nasi kandar. Japanese, Korean, Lauk Melayu Kampung, Pasta semua onz.”
BACA JUGA: “Rezeki Baby Dalam Perut” UYAINA ARSHAD Terima Hadiah Wang Tunai Daripada Raja Permaisuri Agong
Uyaina turut mendedahkan, ibunya yang dipanggil Ummi pernah mengidam yang sangat pelik ketika mengandungkan abangnya yang kedua.
“Bila dengar cerita my Ummi, masa dia mengandungkan abang I nombor 2, dia ada cravings yang sangat pelik. Dia teringin buah anggur. But not just any buah anggur, dia mengidam buah anggur dalam dulang hantaran orang kawin tuuuu Allahuakbar….
“Kelakar kan bila cerita pasal ngidam2 ni..”
Para pengikut Uyaina termasuk rakan-rakan artis turut berkongsi kisah mengidam mereka di ruangan komen.
“Anak pertama sy mengidam nak makan buah jentik. Buah tu susah nak dapat . Ada dekat Negeri tertentu je macam kedah. Balik kenduri kawin adik nak dobi baju kebetulan ada orang jual buah jentik tu depan dobi. Alhamdulillah mmg rezeki dapat makan buah tu.”
“Mengidam laksa lori. Laksa lain taknak. Kbetulan masa tu,cukup payah nk cari laksa lori. Especially kt Shah Alam. Padahal sebelum2 tu..ada je… Sampai MIL ckp, nnt Mak masak hidang dr atas lori nak?”
“Saya mengidam nak pakai baju baru beli kat mall, time tu bayar terus pakai ya, keluar dari kedai senyum macam kerang busuk, husband cakap bila teringat, malu nyaa lah haii..”
“Sy masa pregnant my 2nd boy, mengidam nasi goreng.. tp nak nasi goreng yang jiran sebelah umah mak mertua masak.. hahah jenuh mak mertua kena pi mntak pulak.. alhamdulillah la dpt”
Untuk info, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad mendirikan rumahtangga dengan pelakon dan penyanyi, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum ini, Uyaina pernah memaklumkan dirinya mengalami keguguran sekitar Mei tahun lalu.
Hijabista mendoakan semoga fasa kehamilan serta segala urusan Uyaina berjalan lancar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di SINI
Download seeNI sekarang!
Ada yang takut untuk tidur dalam gelap sehinggakan terpaksa bukak lampu setiap kali untuk menutup mata? Ya, ada segelintir daripada kita yang suka untuk membuka lampu agar kurang rasa takut ketika tidur.
Tapi tahukah anda terdapat punca masalah kepada kesihatan jika anda buat sedemikian? Apakah penyakit itu dan ciri-ciri kesihatan sudah terjejas?
Takutnya nak tutup lampu…tapi kesihatan terjejas pula
Bukan sahaja lampu bilik, malah, berjaga malam menggunakan komputer riba atau peranti elektronik seperti telefon dan tablet juga boleh menganggu anda. Tidur dalam keadaan lampu terbuka bukanlah satu pilihan yang baik.
Pernah anda dengar tentang buka lampu ketika tidur merisikokan diri dengan kanser? Menurut portal HelloDoktor, satu kajian dari MIT mendapati bahawa dua gen yang bekerja untuk mengatur dan memahami masa punyai satu keupayaan untuk menyekat tumor. Akibat daripada kekeliruan pada sumber cahaya dan kegelepan boleh menyebabkan penyekat tumor berkurangan serta membuat tumor berpotensi lebih buruk.
Artikel berkaitan: ‘Bila Nak Tidur, Asyik Tergaru-Garu Badan Ini…Rimasnya!’, Digigit Serangga Kecil Dan Kulit Kering Adalah Satu Puncanya!
Mereka yang sering bekerja syif malam juga berpotensi untuk mendapat kanser akibat terdedah kepada cahaya di kala malam. Juga dinyatakan bahawa cahaya pada waktu malam adalah faktor risiko yang signifikan dengan mebangunkan kanser payudara menurut kajian semula data dari 1,679 wanita yang tercata di Chronobiology International.
Ada juga risiko kepada penyakit lain
Masalah jantung
Menurut Harvard Health Publications, terdapat satu kajian yang telah menunjukkan satu hubungan antaras komplikasi jantung yang kurang selesa apabila cahaya mempengaruhi kualiti tidur. Ia menybebakan seseorang individu itu terjaga kerana kemampuannya boleh menghancurkan melatonin.
Artikel berkaitan: Jangka Waktu Dan Corak Tidur Yang Ideal Untuk Peringkat Umur, Seiring Dengan Peningkatan Usia
Risiko depresi atau murung
Tidur seseorang akan terganggu akibat kesan cahaya yang menganggu peraturan otak untuk kawalan emosi. Kajian yang dilakukan oleh ahli biologi dari John Hopkins diterbitkan dalam jurnal Nature mengesahkan bahawa cahaya mempengaruhi struktur neurologi otak yang terlibat dengan emosi. Cahaya yang terlalu banyak ketika waktu tidur sememangnya tidak sesuai dan boleh ganggu kualiti tidur dan menyebabkan faktor kemurungan.
Bagi mengelakkan risiko penyakit yang boleh menganggu kesihatan anda, pastikan anda tidur dalam keadaan lampu yang tertutup. Dapatkan lampu malam yang bercahaya sedikit malam yang boleh anda gunakan di dalam bilik supaya tidak terlalu terang dan boleh ganggu kualiti tidur anda.
Sumber: HelloDoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan hari ini. Dan insan paling gembira menerima berita ini pastinya seluruh ahli keluarga yang selama ini menanti detik bersejarah. Anak sulung beliau YB Nurul Izzah dalam status dimuat turut memberitahu kedatangan Ramadan esok menjadi lebih bermakna dengan pembebasan ayahnya itu setelah sekian lama dipisahkan oleh ketidak adilan undang-undang.
Namun dengan kuasa Allah SWT, mereka akhirnya dapat berkumpul bersama satu keluarga sempena kehadiran bulan penuh mulia ini.
Sebaik dimuat turut, netizen turut membanjiri ruangan komen dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Masing-masing mengucapkan syukur dengan pembebasan berkenaan pada bulan Ramadan penuh bermakna.
@ku_rizal90 Alhamdullillah….syukur ke Hadrat Ilahi…..Ramadhan yg bermakna…
@crib143 alhamdulillah @n_izzah.. fasting together
@zura.deknor Segak. الحمدلله Ramadhan bermakna bagi Yb sekeluarga.
@schalshijab_by_nurul Smg Ramadhan kali ini lebih bermakna buat keluarga DSAI dan
@n_izzahnuratirza Alhamdulillah..mesti bahagia sangat2 akhirnya dsai dpt bersama2 isteri dan anak2 tercinta semula.menjelang ramadhan n hari raya yg bakal menjelma selepasnya..Allahu sesungguhnya Dialah yg paling mengetahui setiap sesuatu..
Tidak kurang juga yang muji penampilan DSAI masih kelihatan segak, handsome dan sihat pada hari pertama pembebasannya.
@hillaryjohnley bersyukurlah,DSAI nampak segak dan sihat…welcome home
@arin_sahari Makin hendsome….our dsai is back…
@__honey90 alhamdullilah segak dato
@mariyasaurus segakkkkkk
@magaletchumy Looking good!!!!
@papa_ammzar Segak dato
Ternyata kisah pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja trending dalam negara, malah seluruh dunia turut menanti detik penuh bersejarah ini.
Ikuti kronologi sepanjang proses berlangsung:
8.30 pagi – Pengamal media sudah mula memenuhi pekarangan di hadapan wad Hospital Rehabilitasi Cheras bagi membuat liputan pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka tengahari ini.
9.10 pagi – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras. Beliau mengesahkan tiada penangguhan bagi proses pengampunan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
9.30 pagi – Kehadiran pengamal media semakin ramai. Difahamkan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Istana Negara dari Hospital Rehabilitasi Cheras.
10 pagi – Kawalan keselamatan di Hospital Rehabilitasi Cheras dipertingkatkan.
10:13 pagi – Anggota keselamatan berkawal di pekarangan Hospital Rehabilitasi Cheras.
10:20 pagi – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus pulang ke rumah selepas proses pembebasan selesai.
10.25 pagi – Petugas media mula membanjiri jalan Pintu 2 Istana Negara bagi membuat liputan mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berhubung pembebasan Anwar. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tiba di Istana Negara jam 10.30 pagi.
10:13 pagi – Anggota keselamatan berkawal di pekarangan Hospital Rehabilitasi Cheras.
10:25 pagi – Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha tiba di Hospital Rehabilitasi.
10:30 pagi – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras
10:58 pagi – Anggota Jabatan Penjara mengemas alatan keselamatan sementara menanti proses pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Hospital Rehabilitasi.
11.57 pagi –Akhirnya setelah 5 tahun dibebaskan secara rasminya pagi tadi. Sebelum itu beliau pernah dipenjarakan selama 15 tahun atas kesalahan salah laku.
SUMBER: SINAR HARIAN
Download seeNI sekarang!
Hati seseorang akan tergerak untuk melakukan kebaikan dengan sendirinya. Ada ketika, tidak perlu untuk semuanya di dokumentasi pada laman sosial media untuk di pertonjolkan kepada khalayak umum, cukup sekadar mereka fahami.
Begitulah adegan di mana Pekin Ibrahim titip rasa syukur atas perubahan isterinya, Mona Allen, mula bertudung beberapa bulan lalu. Dia juga menasihati Mona supaya tidak perlu memaklumkan di sosial media dirinya itu yang sudah bertudung.
Biar ikut kerelaan hati untuk berubah
Pelakon tanah air, Pekin Ibrahim, 41, rasa bersyukur dengan penampilan baru Mona Allen atas kerelaan hatinya untuk memakai tudung. Sudah beberapa bulan berlalu sejak Mona mula menutup aurat.
Kata Pekin, dia tidak pernah terlintas untuk menggesa isterinya itu berubah. Meski pun seorang wanita Muslim di wajibkan memakai tudung, tetapi dia faham masa yang diperlukan oleh seseorang untuk berhijrah.
Sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro, dia juga agak terkejut pada awalnya isterinya memakai tudung dan bila ada tetamu lelaki yang datang, cepat-cepat mencari tudung. Katanya lagi, Mona juga ada ketika ingin cuba-cuba sahaja pakai tudung ketika itu.
Artikel berkaitan: Dikritik Kerana Persoal Wanita Tak Jaga Aurat, Gadis Berniqab Ini Tampil Mohon Maaf
“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami,
“Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” ujarnya.
Tak perlu update status sudah bertudung
Rasa syukur tidak terhingga buat Pekin melihat isterinya dengan rela hati bertudung dan menutupi aurat. Dia juga berharap agar Mona kekal istiqamah dalam penghijrahannya. Namun, dia menasihati supaya tidak perlu untuk membuat posting yang ingin memaklumkan dirinya yang sudah bertudung.
Artikel berkaitan: Kenalkan Allah Sejak Bayi Lagi, Abby Abadi Kongsi Caranya Didik Anak Tutup Aurat Seawal Usia
“Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen,
“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila.” katanya lagi.
Perkahwinan antara Pekin dan Mona Allen bermula sejak 7 Disember 2018. Mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin, sudah mencecah usia dua bulan yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!