Sharifah Rose Titip Nasihat Buat Hijabi, Tak Perlu Jadi Orang Lain! Lebih ‘Unik’ Jadi Diri Sendiri! – Hijabista

Sharifah Rose Titip Nasihat Buat Hijabi, Tak Perlu Jadi Orang Lain! Lebih ‘Unik’ Jadi Diri Sendiri! – Hijabista

Raja Putri Atilia Raja Haron atau nama pentasnya Atilia Haron, bukanlah nama yang asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Mula berkecimpung dalam arena seni sejak tahun 1998, seawal usia 14 tahun. Anak kepada primadona Salamiah Hassan ini masih kekal relevan dan dikenali sehingga kini.

Mengulas perkembangan terbaharu, Atilia berkata menginjak usia 50 an ini. Dirinya sedang berada di fasa pra-menopaus dan sedang menyelesakan serta mempersiapakan diri menghadapi fasa berkenaan.

Menginjak Usia 50 an, Atilia Persiapkan Diri Hadapi Fasa ‘Pra-Menopaus’

Atilia memaklumkan perkara berkenaan ketika ditemubual oleh team NONA dalam sebuah majlis di ibu kota baru-baru ini!

“Saya sekarang sedang melalui, proses pra-menopaus. Sebab tu saya potong rambut pendek, sebab malam selalu tidur berpeluh.

Dua tiga tahun lepas, saya berada dalam fasa boleh menjadi kemurungan sebab saya tidak mempunyai anak, pada umur yang sebegini. Saya tidak mempunyai suami diumur yang sebegini,” ujarnya.

Ketika ditanya adakah dia merasa sunyi kerana tidak ditakdirkan mempunyai rezeki sama seperti wanita-wanita seusia denganya. Atilia akui dia juga tidak terlepas dari merasa kesunyian, terutamanya apabila membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain.

“Sunyi lah kan. Jadi saya selalu relate diri saya dengan kebiasaan orang lain. Contohnya, pada usia macam ni, kita kena ada ini,” katanya.

Kebahagiaan Itu Datang Daripada Diri Kita Sendiri – Atilia

Menurut Atilia, setelah mengalami fasa hampir kemurungan itu. Dia akhirnya dapat melihat dengan jelas, bahawa kehidupanya tidak perlu sama seperti apa yang orang lain miliki. Kerana jika dilihat dari sudut positif kebahagiaan boleh dikecapi dan bermula dengan diri kita sendiri!

“Sebenarnya tak perlu pun. Sebab kebahagiaan tu datang daripada diri sendiri. It doesn’t matter you single ke, you tiada anak ke, as long you pandai cari kebahagiaan diri sendiri dan positifkan diri InshaaAllah okay.

“Jadi sekarang saya dah mula sedar yang it’s okay kita ada ahli keluarga yang lain.
Bagi saya secara peribadi, asalkan dalaman kita baik, hati kita okay, benda-benda yang baik akan ikut kita nanti,” jelasnya.

Artikel berkaitan: Bersedia Hadapi Fasa Menopause, Pengasas Tudung Ini Himpun 25 Wanita Dalam Satu Majlis 

Mengulas berhubung penghijrahan ibunda tersayang, biduanita Salamiah Hassan yang kini sudah mengenakan hijab dan berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna. Ini respon yang diberikan Atilia.

“Jadi InshaaAllah satu hari nanti saya akan pakai tudung. Tapi buat masa sekarang ni saya rasa macam saya sendiri lebih selesa begini. Mama pun cakap, kenapa mama bertudung ni jadi isu. Biar je lah, memang dah sampai dah waktu dia bertudung.

“Alhamdulillah.. Mama rasa tiada orang paksa, dan dia gembira. Jadi dia nak perkara yang sama juga dengan anak dia. Tak nak paksa saya, dia nak saya sendiri ada keinginan untuk bertudung. Jadi doa-doakan lah,” kata Atilia lagi.

Sekadar info, pada penghujung tahun ini, Atilia memaklumkan bahawa dia akan melancarkan satu single duet bersama ibunda tercinta yang berjudul ‘Age is nothing but a number’, yang ditujukan khas buat peminat yang telah lama menantikan duet dua beranak ini.

Sumber: Instagram Atilia Haron

Artikel berkaitan: Haid Dah Habis Tapi Masih Ada Darah Sedikit Keluar. Apa Puncanya?

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top