Ibu Dr Fie Syukur Nubhan Beri Hak Hadanah Penuh Kepada Anak

Ibu Dr Fie Syukur Nubhan Beri Hak Hadanah Penuh Kepada Anak

Ibu Dr Fie Syukur Nubhan Beri Hak Hadanah Penuh Kepada Anak


Ibu kepada Dr Afifah Hidayah iaitu Dr Zailah Zainudin meluahkan rasa  syukur serta mengucapkan terima kasih kepada menantunya, Nubhan bersetuju memberikan hak hadanah tiga cucunya kepada anaknya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr Zailah turut menzahirkan penghargaan diatas sokongan daripada ahli keluarga, sahabat dan juga netizen yang mendoakan mereka.

BACA: Isteri Nubhan Dapat Hak Penjagaan Penuh Tiga Anak

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan berterusan diberikan termasuk kepada semua ahli keluarga, sahabat handai serta netizen yang mendoakan.

“Saya dan suami sangat terharu dan tak lupa juga kepada Nubhan atas keputusan. Semoga Allah merahmati, memberkati dan meredhai kita semua,” tulisnya.

Perkongsian Dr Zailah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji ibu Dr Fie yang tetap menghormati Nubhan dan ianya wajar dicontohi.






Source link

OR

Scroll to Top