Trend parodi ‘geng Marhaban’ masih lagi menjadi ikut-ikutan dikalangan selebriti dan pempengaruh media sosial di negara ini. Tidak ketinggalan pelakon jelita, Zara Zya yang turut sama mengikuti arus video tular berkenaan.
Namun, apa yang menariknya adalah apabila Zara Zya menampilkan kelainan membuat parodi berkenaan bersama ibunda tercinta sambil melakonkan babak paling ‘legend’ hingga berjaya menggamit kembali memori warganet sewaktu kecil dahulu.
“Cubit Tu Yang Tak Boleh Lupa Dan Dirindui Selalu. Al-Fatihah Untuk Mak..” – Netizen
Video berkenaan memaparkan Zara Zya dan ibunya melakonkan kembali situasi seorang anak rancak berborak ketika sesi marhaban berlangsung dan dianggap menganggu dan memalukan ibunya.
Tetapi apa yang lebih menarik lagi adalah Zara Zya sempat dicubit oleh ibunya agar kembali fokus bermarhaban. Namun tidak diendahkan oleh Zara Zya sehinggalah ibunya mengeluarkan ‘hanger’ sebagai amaran hingga membuatkan ibunya tidak fokus dan hilang muka surat yang dibaca ketika marhaban.
Artikel berkaitan: Wajah Dulu dan Kini Di Bandingkan, Zara Zya Akui Jaga Penampilan Boleh Ubah Sedikit Imej Seseorang
Video menggamit kenangan berkenaan telah berjaya mencuit hati wargamaya hingga ia ditonton seramai 817.9 ribu tontonan dan menerima 44.7 ribu tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat raksi yang ditinggalkan wargamaya, rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak ini.
Justeru, ramai diantara netizen yang tampil berkongsi rasa geli hati ketika mengimbau kembali kenangan seumpanya, kerana masing-masing juga pernah berkelakuan begitu di zaman kanak-kanak. Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian Hijabista!
“Mak aku ginilah, selalu ikut dia pergi Yasin, pastu berbual dia cubit begitulah.”
“Cubit tu yang tak boleh lupa dan dirindui selalu Al-Fatihah untuk mak.”
“Sportingnya mak dan anak. Dah kena cubit nak kena hanger pula tu. Haha.”
“Real sangat ni, memang buat macam ni pun kat anak-anak kalau kat majlis marhaban.”
“Mak yang cubit pegang hanger mak yang hilang muka surat…”
Sekadar info, perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Marhaban adalah dalam bentuk syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian (berendoi), cukur jambul bayi, majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam.
Syair yang paling popular adalah daripada kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid ad-Diba’l, Maulid al-Habshee dan Qasidah Burdah. Marhaban sering dialunkan sambil berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda nabi Rasulullah S.A.W
Sumber: Tik Tok @zarazyaofficial
Artikel berkaitan: Sudah Bertudung Labuh Di Gelar ‘Mak Cik’ Pula, Mia Ahmad Tukar Imej Kerana Allah SWT
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!