July 27, 2024

Ifedayo tendang Rizal, mana VAR?

Ifedayo tendang Rizal, mana VAR?


KUALA LUMPUR – Aksi pembukaan antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan PDRM FC mencetuskan kontroversi apabila  teknologi video bantuan pengadil (VAR) dipertikaikan kerana pengadil gagal mengesan satu insiden di Stadium Selayang, Selangor semalam.

Ia melibatkan penyerang skuad Sang Saka Biru, Ifedayo Olusegun dan bek pasukan pelawat, Rizal Ghazali dijadikan bahan bualan hangat mengenai sistem tersebut.

Ketika Rizal terduduk, penyerang dari Nigeria itu kelihatan menendang kaki lawannya yang menyebabkan bekas pemain kebangsaan tersebut berang akan tindakannya.

Mereka terpaksa dileraikan rakan sepasukan dalam usaha mengelakkan pertelingkahan lebih teruk berlaku, namun pengadil enggan mengambil sebarang tindakan terhadap Ifedayo.

Pengenalan VAR dimulakan pada musim ini apabila sepanjang tempoh pramusim beberapa perlawanan diadakan untuk mencuba penggunaannya selain memberi peluang buat pengadil merasai pengalaman menggunakannya.

Sementara itu, jaringan daripada penyerang pinjaman, Syafiq Ahmad seawal minit pertama sudah cukup untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kelab Utara tanah air berkenaan.

Skuad kendalian Nafuzi Zain akan bertandang ke Stadium MBPJ, Selangor selepas ini untuk bertemu Selangor FC sementara PDRM FC akan berdepan Perak FC di laman lawan. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top