July 27, 2024

Impian tunai Umrah bersama tersayang tercapai

Impian tunai Umrah bersama tersayang tercapai


Petaling Jaya: Baru-baru ini Grab Malaysia mengakhiri Cabaran Ramadan-UmrahGrab dengan hampir 539,000 pengguna Grab, serta rakan-pemandu dan penghantar Grab telah menyertai cabaran ini.

Selain itu, Grab Malaysia telahpun memilih pemenang-pemenang bertuah untuk mengerjakan umrah bersama yang tersayang dengan pakej selama 12 hari 10 malam.

Menariknya, semua perbelanjaan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Grab Malaysia.

Pakej ini juga termasuk dengan perkhidmatan pemindahan lapangan terbang, penginapan di Makkah dan Madinah, makan minum, buku panduan dan kursus Umrah serta Mutawif yang ditugaskan khas untuk mengiringi jemaah ketika menunaikan ibadah Umrah.

Foto – Grab Malaysia

Muhammad Faizal Zainor Abidin, rakan-penghantar Grab sejak 2021 berkata ini merupakan impian seumur hidup saya untuk membawa keluarga tercinta melawat arwah ayah dan berkongsi kisah keluarga saya bersama arwah di sana.

“Isteri saya adalah satu-satunya pendorong semangat saya terutama ketika menempuhi hari-hari yang sukar.

“Saya juga telah kehilangan kerja semasa pandemik beberapa tahun lalu, namun keyakinan dan sokongan isteri saya membuatkan kami kekal kuat sebagai sebuah keluarga yang menyokong satu sama lain demi tiga anak kami,” katanya.

Foto – Grab Malaysia

Seterusnya, seorang pengguna setia Grab yang memenangi pakej Umrah ini buat ibunya, Farah Nabilah, berkata ibunya merupakan seorang individu yang tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa mengutamakan keperluan adik-beradik dan saya.

“Beliau merupakan sinar yang menggalakkan kami untuk memasang impian yang besar dan jangan berputus asa mengejar  impian tersebut.

“Melalui Grab dan berkat doa serta sokongan ibu saya yang tidak berbelah bahagi, saya dan adik-beradik berasa amat gembira kerana kami akhirnya dapat mengutamakan ibu dan menghadiahkan pakej Umrah ini buat beliau sempena ulang tahunnya yang ke-55.

“Sebagai seorang yang gemar mengembara, saya juga kini boleh memenuhi impian hidup untuk menunaikan Umrah.” tambahnya.

Kempen ini merupakan usaha gigih Grab dalam menyediakan kemudahan dan memupuk nilai penghargaan di kalangan rakyat Malaysia terhadap rakan-pemandu serta penghantar yang memainkan peranan penting dalam kejayaan platform ini.

Foto – Grab Malaysia

Menurut Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor, berkata saya amat terdorong oleh penyertaan orang ramai dalam menjayakan peraduan Cabaran Ramadan-UmrahGrab kali ini.

“Kami memahami kepentingan Umrah buat umat Islam di Malaysia dan sangat berbesar hati kerana dapat membantu merealisasikan impian mereka.

“Bersama inisiatif lain di bawah kempen Kebaikan Dalam Setiap Pesanan, Cabaran ini adalah lanjutan daripada usaha kami untuk memperjuangkan kepelbagaian dan kebolehcapaian, serta mengiktiraf pelbagai impian dan aspirasi pelbagai  rakyat Malaysia,” katanya.

Berikut merupakan pemenang yang menerima pakej Umrah yang ditaja sepenuhnya.

Pengguna Grab

  1. Farah Nabilah binti Mohamad Yusof – Pengguna Grab sejak 2016
  2. Mohammad Iqbal bin Abdul Hamid – Pengguna Grab sejak 2014
  3. Nor Azdan bin Nordin – Pengguna Grab sejak 2015
  4. Nur Hikmah Hasan – Pengguna Grab sejak 2017
  5. Ridzuan bin Azmi – Pengguna Grab sejak 2018

Rakan Grab

  1. Azzmeir Yunadi Bin Mazlan – Rakan-Penghantar Grab sejak 2022
  2. Muhamad Edzuan Bin Mohd Nasir – Rakan-Pemandu Grab sejak 2017
  3. Muhammad Faizal Bin Zainor Abidin – Rakan-Penghantar Grab sejak 2021
  4. Muhammad Khairul Adib Bin Mohd Rashid – Rakan-Penghantar Grab sejak 2020
  5. Nur Fadzliana Binti Mohammad Ali – Rakan-Pemandu Grab sejak 2023 

Klik pautan ini untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top