July 27, 2024

Chean Chung dakwa Pas gadai prinsip demi keuntungan politik

Chean Chung dakwa Pas gadai prinsip demi keuntungan politik


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa Pas berbohong malah sering memutar belit kenyataan sehingga sanggup mengadaikan prinsip mengikut kesesuaian politik.

Menurutnya, ia terbukti apabila ketua penerangan parti itu, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas tidak menentang sekolah vernakular sebaliknya menyatakan ia memerlukan beberapa pembaharuan.

Katanya, demi Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu (PRK KKB) parti itu dilihat mengubah  pendirian terhadap sekolah vernakular.

“Saya terkejut membaca kenyataan Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan PAS tak pernah menentang sekolah vernakular bahkan kita menyatakan sekolah vernakular boleh wujud tetapi dengan beberapa pembaharuan.

“Tidakkah kenyataan Ahmad Fadhli Shaari bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan Pas tak pernah menentang sekolah vernakular bercanggah dengan beberapa contoh yang saya berikan ini?

“Tidakkah benar kini kandungan ucapan Pengarah Ameerah Negeri Melaka pada 12 September 2020 bahawa apabila Pas menyertai PN (Perikatan Nasional), Pas dilihat tunduk kepada isu ini?” soalnya menerusi kenyataan.

Chean Chung berkata, Pakatan Harapan (PH), PKR dan DAP sentiasa konsisten dalam isu tersebut jika dibandingkan dengan Pas.

“Berbeza dengan Pas yang seringkali bercakap berbelit dan mengadaikan prinsip perjuangan mengikut kesesuaian politiknya, PH dan Keadilan, apa lagi DAP, dari dulu konsisten dalam isu sekolah vernakular. Walau di waktu bersama dengan Pas, kita tetap kekal menentang mana-mana gesaan memansuhkan sekolah vernakular.

“Oleh itu, pengundi di Kuala Kubu Baharu mesti berwaspada dengan kata-kata yang berputar-belik para pemimpin Pas dan PN yang kononnya mahu menjaga kepentingan mereka semata-mata untuk mendapatkan undi mereka dalam pilihan raya kecil ini,” katanya lagi.- MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top