May 24, 2024

Suspek simbah asid Faisal Halim ditahan, direman hari ini



harisfadli@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini.

“Pada masa sama, kami sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal).

“Polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top