Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Que Haidar hangat menjadi sebutan ramai selepas acap kali muncul bersama aktres jelita, Nur Fazura.
Terkini, seorang peminat berkongsi mengimbas kembali momennya ketika terserempak dengan Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar bersama keluarganya di sebuah pusat beli-belah sekitar tahun 2012.
Individu tersebut mendedahkan dia pada awalnya mahu mengambil foto bersama Que, namun aktor tersebut meminta supaya dia mendapatkan keizinan daripada isterinya ketika itu, Linda Jasmine terlebih dahulu.
“Saya pernah jumpa Que dengan keluarganya di Gurney Plaza pada tahun 2012, kalau tak salah.
“Saya tanya kepada Que untuk bergambar, dia jawab ‘tanya kakak (Linda Jasmine) kau dulu’, sambil tunjuk isterinya.
“Saya pun tanya isterinya dan dia kata boleh. Lepas itu Que datang dekat isterinya dan kami tangkap gambar sekali,” katanya.
Dalam masa sama, individu tersebut turut menyifatkan Que seorang suami yang amat mengutamakan perasaan isterinya dan menjaga adab walaupun di tempat awam.
“Saya ucap terima kasih dan dia jawab sama-sama. Saya memang respect Que sebab dia hormat isterinya ketika itu,” katanya.

Sekadar info, Que dan Lina mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009, namun sah bercerai talak satu pada 2 Julai 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.
Artikel Berkaitan: Rupanya Dah Berpisah 2 Julai Lalu.. Que Haidar, Linda Jasmine Bercerai Talak 1
Artikel Berkaitan: “Wow Jahat!” – Fazura Bengang Individu ‘Petik’ Nama, Tegur Jangan Libatkan Anak Que Haidar






