Individu Pelik ‘Jogging’ Pakai Baju Ala Pakistan, Yusuf Bahrin Tampil Respons – “Lagi Banyak Cakap, Lagi Nampak Keb*d*han Tu”

Individu Pelik ‘Jogging’ Pakai Baju Ala Pakistan, Yusuf Bahrin Tampil Respons – “Lagi Banyak Cakap, Lagi Nampak Keb*d*han Tu”


Pelakon, Yusuf Bahrin membidas kenyataan seorang individu yang tampil mempersoalkan tentang pakaian yang dikenakan rakan-rakannya ketika melakukan senaman baru-baru ini.

Menurut individu berkenaan, dia berasa pelik apabila golongan tersebut memakai pakaian seakan-akan baju milik masyarakat Pakistan.

“Bukan nak kecam, tapi pelik sikit. Joggin tagpi pakai baju ala Pakistan. Nak kata sportwear bukan, nak kata tradisional pun bukan. Makin pelik,” soalnya.

Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai hantarannya itu, namun pelakon drama Seindah Hujan Cinta itu menegaskan, adalah lebih baik individu tersebut berdiam diri daripada mempersoalkan tentang pakaian rakan-rakannya.

“Kau diam jelah. Lagi banyak cakap lagi nampak kebodohan tu. Contohhh,” balasnya menerusi hantaran di Threads.

Terdahulu, video berdurasi 37 saat itu memaparkan beberapa individu mengenakan jubah berwarna hitam dan merah gelap, berjalan secara berkumpulan dalam suasana yang mencuri perhatian.

Menerusi perkongsian berkenaan, turut kelihatan bekas suami kepada usahawan Noor Nabila, iaitu Engku Emran yang berada dalam kelompok tersebut.



Source link

OR

Scroll to Top