Pelakon, Rita Rudaini tampil lantang menuntut bekas suaminya, Aidil Zafuan agar mengemukakan bukti pembayaran nafkah anak selepas timbul dakwaan daripada seorang individu yang menyatakan pemain bola sepak itu tidak pernah culas menunaikan tanggungjawab berkenaan.
Menerusi hantaran di platform Threads, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar meminta agar resit bayaran nafkah didedahkan secara terbuka bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.
“Tolonglah bagi resit bayaran, semua orang nak tengok ni. Yang berhutang skip bayar tu berapa bulan. Tolonglah tunjuk. Netizen perlu tahu,” tulisnya.
Aktres filem popular Mami Jarum itu turut mempersoalkan jumlah nafkah RM3,000 sebulan yang diperintahkan mahkamah, sekali gus mendakwa nilai tersebut tidak mencukupi untuk menampung keperluan dua anak mereka.
“RM3,000 itu pun sebab kena bergaduh dekat mahkamah dulu-dulu. Boleh bayar apa ya untuk anak-anak? Duit tempat perlindungan anak-anak pun tak lepas RM3,000 tu. Jom lawan dekat mahkamah. Ada berani ke?” katanya lagi.

Imbas kembali, mahkamah telah memerintahkan Aidil untuk membayar nafkah anak sebanyak RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, manakala bagi tuntutan mutaah, Aidil turut diarahkan membayar RM30,000 pada Oktober tahun yang sama.
Sekadaar info Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum disahkan bercerai pada 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.






