Seorang individu, Vikneswaran a/l Selvanathan, yang memijak al-Quran di Kuantan, Pahang, bakal berdepan dua pertuduhan termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mahkamah esok.
Menurut Jabatan Peguam Negara, lelaki itu akan didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana mencemarkan objek yang dianggap suci iaitu al-Quran dengan memijaknya, perbuatan yang dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan penghinaan terhadap agama Islam.

Pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan esok
Beliau juga akan menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana membuat dan memulakan hantaran komunikasi bersifat jelik melampau dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.
“Kedua-dua pertuduhan tersebut akan dikemukakan di Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026,” kata Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Kes pijak al-Quran: Kerajaan tolak sebarang penghinaan terhadap agama – PM Anwar
Tambah jabatan itu, pendakwaan dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden di Kuantan, Pahang.
“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap orang yang disyaki,” ujarnya.
Sumber: FB Jabatan Peguam Negara





