Individu Terkilan Dikutuk Rakan Sekerja ‘Talam Dua Muka’, Puteri Sarah Luah Rasa Simpati – “Pernah Lalui, Saya Jauhkan Diri Dari…”

Individu Terkilan Dikutuk Rakan Sekerja ‘Talam Dua Muka’, Puteri Sarah Luah Rasa Simpati – “Pernah Lalui, Saya Jauhkan Diri Dari…”


Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana meraih tumpuan apabila terpanggil memberi respons terhadap luahan seorang individu yang menjadi mangsa kutuk oleh rakan sekerja.

Menerusi perkongsian di platform Threads, individu tersebut berkata emosinya terkesan sehingga dirinya menggigil selepas mengetahui situasi yang mengecawakan itu.

“Aku tengah menggigil dekat tandas. Aku baru lepas nampak chat kawan opis aku tengah kutuk-kutuk aku. Sumpah tak sangka gila depan baik-baik gelak, belakang semua macam taik, menyesal buat baik dengan diorang.

“Menyesal tolong-tolong diorang. Ya Allah padahal aku tak pernah bercerita fasal diorang. Aku macam tak boleh nak masuk kerja tengok muka diorang tu. Apa yang patut saya buat, berhenti ke?,” katanya.

Susulan itu, aktres drama rantaian Suri Hati ini memaklumkan dia pernah berdepan situasi sama, malah Puteri Sarah berkata dia menjauhkan diri daripada individu tersebut.

Dalam masa sama, bekas isteri aktor dan pengarah, Syamsul Yusof ini turut menasihati individu itu agar terus bersemangat dalam pekerjaannya.

“Sabar ya awak. Saya pernah kena macam itu. Dan saya jauhkan diri dari orang itu. Keep your head high, teruskan perjuangan,” katanya.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Terkesan Isu Wanita Hamil Dicurangi – “Faham Sangat, Been There”



Source link

OR

Scroll to Top