Selepas mahkamah mengekalkan sabitan kes terhadap pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama lengkapnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, seorang individu wanita yang juga jurusolek tampil mendakwa dia hampir menjadi mangsa pendakwah berkenaan.
Menerusi hantaran di Threads, individu wanita dikenali sebagai Hanis Raus berkata, Da’i Syed pernah mengajaknya berjumpa di Pulau Pinang ketika pendakwah itu sedang bercuti bersama keluarganya.

Lebih mengejutkan, pada ketika itu isteri pendakwah berkenaan, Hana Ismail sarat mengandung anak kedua mereka.
“Dia ni banyak kali dah plan nak suruh aku datang Penang bagai untuk jumpa dia. While dia tengah holiday dengan isteri dan family semua. Lepastu, dia selalu tanya aku bila datang Shah Alam lagi,” kongsinya.

Jelas Hana, dia menghubungi Syed kerana mahu menjadi affiliate untuk penjualan minyak wangi di TikTok miliknya namun, Syed enggan memberikan sampel berkenaan dan sanggup untuk berjumpa secara bersemuka.
“So dalam chat ni aku cakap lah baru je semalam pergi Shah Alam. Aku nak minta dia sample minyak wangi yang dia jual tu sebab aku nak buat affiliate ekat TikTok. Then dia cakap nak bagi sendiri lah tak nak pos
“Lepastu, terus tanya, dia cakap ‘Ada telegram tak?’ Senang nak plan katanya,” jelasnya.



Namun, yang paling menakutkan adalah, Syed turut mempelawa Hana untuk membawa bersama kakaknya untuk tujuan seksual.
“Disingkatkan cerita lagi guess what! Siap suruh bawa kakak aku sekali join!! Nak threesome.
“Main order macam pizza je. Bila dah kena hentam gitu terus acah-acah buat maca mtak tahu cerita konon terkejut beruk!,”katanya.
Justeru, Hanis mengingatkan golongan wanita agar tidak terpedaya dengan rupa dan penampilan Islamik seseorang.
“Moral of the story, bukan semua perempuan kau boleh makan dengan guna kau punya title dan rupa okay. Itupun ada hati nak hardcore dan threes*me.
“Aku unfollow dia dekat Instagram haritu sebab dah menyampah dengan kes dii jadi kenalah bagi ayat selamatkan diri,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Harris Annuar Didakwa Sokong Da’i Syed, Netizen Komen: “Rap*st Enabler Shame On You”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Menyebelahi Atau Mempertahankan!” – Rayu Netizen Hentikan Serangan, Adik Da’i Syed Mohon Maaf
ARTIKEL BERKAITAN:“Solat Awal Waktu, Tak Henti Bertaubat Minta Keampunan Daripada Allah SWT” – Adik Dedah Perubahan Besar Da’i Syed Selepas Peristiwa Ogos 2024





