Ini bukan keputusan yang diinginkan – Sarjit Singh

Ini bukan keputusan yang diinginkan – Sarjit Singh


SKUAD hoki lelaki kebangsaan tumpas kepada China 2-4 dalam aksi kedua liga sepusingan atau round robin saingan Kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 di Hulunbuir, Inner Mongolia, China.

Pada perlawanan berlangsung di Moqi itu, menyaksikan gawang Malaysia bolos seawal minit kesembilan permainan menerusi jaringan sudut penalti Gao Jiesheng sebelum Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menyamakan kedudukan lima minit kemudian (m-14).

China yang berada di ranking ke-23 dunia terus garang menguasai padang dengan Jiesheng menggandakan jaringan pada suku ketiga perlawanan (m-32) dan rakan sepasukannya, Lin Changliang menjarakkan kedudukan dengan Speedy Tigers lapan minit kemudian (m-40′) dengan meledak jaringan padang.

Tersentak dengan jaringan berturut-turut itu, anak buah Sarjit Singh bangkit mengasak kubu China hingga penyerang sensasi Faizal Saari berjaya melakukan satu pukulan sudut penalti pada minit ke-50.

Impian kebangkitan Malaysia namun dimusnahkan apabila Chao Jieming menambah kedukaan buat pasukan negara enam minit kemudian (m-56) sekali gus menyaksikan tuan rumah menang bergaya perlawanan berkenaan.

“Ini bukan keputusan yang diinginkan. Ada beberapa kesilapan dilakukan pemain hingga membenarkan pemain lawan menjaringkan gol padang dan pukulan sudut penalti (PC). Kami juga gagal memanfaatkan beberapa peluang yang ada untuk menjaringkan gol serta tidak klinikal dalam kawasan ‘D’.

“Kami perlu mengambil tanggungjawab kerana gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol padang dan PC. Dari segi penguasaan permainan kami bermain lebih baik tetapi dalam perlawanan jumlah jaringan menjadi penentu bagi kedua-dua pasukan,” kata Sarjit Singh menerusi kenyataan dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.

Sarjit memaklumkan barisan kejurulatihan akan memastikan pemain mendapat rehat mencukupi bagi berdepan India untuk perlawanan ketiga saingan itu pada Rabu ini dan berusaha keras agar berada dalam kelompok empat terbaik dengan persaingan yang dianggap masih terbuka.

Sebagai rekod pada edisi tahun lepas di Chennai India, Speedy Tigers muncul selaku naib juara selepas tewas tipis 3-4 kepada India.

KEPUTUSAN

Trofi Juara-Juara Asia China 2024

Pakistan 2-2 Malaysia

Malaysia 2-4 China

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top