Iniesta bawa sentuhan magis ke sukan berbasikal

Iniesta bawa sentuhan magis ke sukan berbasikal

Iniesta bawa sentuhan magis ke sukan berbasikal


Barcelona: Bekas bintang Sepanyol dan Barcelona, Andres Iniesta meraikan ‘babak baharu’ buat pasukan berbasikalnya, NSN Cycling, yang sebelum ini dikenali sebagai Israel-Premier Tech (IPT), pada majlis pelancaran pasukan itu, semalam.

Iniesta yang juga pengasas bersama agensi sukan dan hiburan NSN, yang bergabung dengan platform pelaburan global Switzerland, Stoneweg, untuk mengambil alih pasukan berkenaan pada November lalu.

IPT sebelum ini berdepan protes besar-besaran penyokong pro-Palestin sepanjang saingan Vuelta a Espana tahun ini, dengan beberapa peringkat perlumbaan terganggu akibat demonstrasi.

Musim ini, pasukan berkenaan akan beraksi di bawah lesen Switzerland dengan ‘struktur Sepanyol’ dan turut mendapatkan khidmat pelumba sensasi Eritrea, Biniam Girmay, sebagai tonggak utama mereka.

“Yang paling penting, saya mahu menikmati babak baharu ini dan mendekatkan diri dengan dunia berbasikal,” kata Iniesta ketika pelancaran pasukan di Barcelona.

“Sukan berbasikal menunjukkan nilai kerja berpasukan yang luar biasa, dan itu yang paling penting. Ia akan buat kami semua berbangga.”

Iniesta, yang menjaringkan gol kemenangan Sepanyol pada final Piala Dunia 2010, berkata minatnya terhadap sukan berbasikal bermula sejak kecil ketika menonton perlumbaan bersama datuknya, dan menganggap hubungan itu ‘sangat istimewa’.

“Kami sangat teruja, bermotivasi dan bersedia untuk bekerja keras, melakukan penambahbaikan, dan melalui perjalanan baharu ini dengan penuh keseronokan. Kami mahu mencipta sesuatu yang boleh dinikmati peminat.”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top