Intan Najuwa enggan jual baju terpakai anak

Intan Najuwa enggan jual baju terpakai anak


PETALING JAYA: Pelakon Intan Najuwa mempertahankan tindakannya tidak mahu menjual atau menghadiahkan pakaian anaknya, Lunara, kerana menganggap semua pakaian tersebut sangat berharga baginya.

Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, ramai antara kalangan pengikutnya menghantar mesej peribadi kerana dia tidak membuat jualan barang terpakai atau pemberian secara percuma pakaian anaknya itu.

“Alamak, banyak juga yang menghantar mesej peribadi kepada saya, mereka marah sebab saya tidak mahu jual baju-baju terpakai Lunara dan buat pemberian percuma.

“Sebenarnya, ada banyak lagi cara untuk saya menggembirakan orang lain selain memberikan baju-baju anak saya.

“Saya yakin, ada ibu-ibu yang faham perasaan ini dan tahu apa yang saya cuba sampaikan,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Jelas Intan, keputusan itu bukan disebabkan faktor wang sebaliknya berkait rapat dengan kenangan sepanjang membesarkan anaknya.

“Ia bukan tentang duit. Ia tentang memori, usaha, masa dan perjalanan ke merata tempat untuk memilih setiap helai pakaian buat bayi saya,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, dia turut memuat naik mesej peribadi dari peminatnya yang seakan-akan mendesak dirinya untuk menjual pakain Lunara.

Tambah Intan, setiap pakaian mempunyai memori tersendiri yang sukar dilupakan.

“Setiap pakaian mempunyai memori tersendiri untuk saya,” ujarnya.

Katanya, dia tidak sanggup melepaskan pakaian tersebut kerana terlalu menghargai kenangan yang ada pada setiap helaian.

Bagaimanapun, Intan tetap dengan pendiriannya dan menganggap pakaian itu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidupnya sebagai seorang ibu.

“Ada pakaian yang mengingatkan saya pada zaman Lunara baru lahir, ada juga yang mengingatkan saya kepada saat yang tak mungkin dapat diulangi semula.

“Bagi sesetengah orang, ia mungkin hanya pakaian, tetapi bagi saya ia adalah sebahagian daripada perjalanan sebagai seorang ibu dan kenangan yang saya ingin simpan sampai bila-bila,” katanya.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahanya mata iaitu Imane Lunara yang kini berusia dua tahun dan dia juga sedang hamil anak kedua.



Source link

OR

Scroll to Top