Iran berikrar untuk hukum rejim zionis

Iran berikrar untuk hukum rejim zionis


TEHRAN – Menteri Luar Iran telah mengulangi ikrar untuk menghukum rejim zionis kerana membunuh ketua Hamas, Ismail Haniyeh.

Menurut IRNA, Abbas Araghchi dalam panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Itali, Antonio Tajani pada malam Ahad berkata, “reaksi Iran terhadap serangan pengganas Israel di Tehran adalah muktamad dan akan diukur dan dikira”.

“Kami tidak takut peningkatan (serangan), namun tidak mencarinya, tidak seperti Israel”, Araghchi menulis pada siaran media sosial X, memperincikan perbualannya dengan Tajani.

Diplomat tertinggi Iran itu menambah, beliau gembira menerima panggilan tahniah susulan pelantikannya daripada Menteri Luar Itali dan perbincangan panjang mereka tertumpu kepada rantau itu.

Sejak dua hari lalu, Araghchi telah menerima beberapa panggilan tahniah daripada rakan sejawatannya di luar negara, termasuk menteri luar Mesir, Turki dan Arab Saudi.

Sementara itu, Tajani melahirkan kebimbangan terhadap situasi ketidakamanan di rantau ini.

Beliau turut menggesa semua pihak menahan diri dan Iran dalam membantu mengurangkan ketegangan.

Kedua-dua pihak menekankan kepentingan memperluaskan hubungan dua hala dan juga menekankan rundingan diteruskan. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top