Iran tangkap 12 individu disyaki terlibat dengan rangkaian operasi Israel

Iran tangkap 12 individu disyaki terlibat dengan rangkaian operasi Israel


TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengenal pasti dan mematahkan rangkaian operasi yang bersekutu dengan Israel di enam daerah di Iran.

Menurut satu kenyataan, IRGC telah menahan 12 ‘individu yang melakukan kerjasama operasi dengan rejim zionis’ yang dilaporkan terlibat dengan ‘perancangan untuk mengambil tindakan terhadap keselamatan’ warga Iran.

IRGC berkata, tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada agenda Israel berikutan kegagalan usaha barat dan sekutu Eropahnya, khususnya Amerika Syarikat, mencapai objektif ‘jahat’ di Gaza dan Lubnan, yang menyaksikan pelancaran beberapa siri langkah anti keselamatan di Iran.

Pada pertengahan Jun lalu, perisikan Iran menahan seorang individu di Qom kerana didakwa bersongkol dengan agensi perisikan Israel, Mossad dan bekerjasama dengan media asing yang terlibat dengan propaganda anti Iran

Ejen tersebut dikenal pasti dan ditahan selepas beberapa cubaan menghasut dan menimbulkan kekacauan berikutan kematian Mahsa Amini, 22, pada September 2022.

Individu berkenaan juga dituduh mengeluarkan kenyataan menghina terhadap pihak berkuasa Iran dan penguatkuasa undang-undang.

Siasatan mendedahkan dokumen mengesahkan hubungan individu terbabit dengan Mossad dan kerjasama asing, saluran telivisyen satelit anti Iran di luar negara

Tertuduh dilaporkan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang.

Penahanan itu dilakukan daripada kesinambungan penangkapan yang dilakukan di wilayah Ardabil baru-baru ini yang mana pihak perisikan Iran menahan seorang individu yang disyaki pengintip Mossad.

Individu tersebut yang dikehendaki Kementerian Perisikan Iran ditahan berikutan arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya Wilayah Ardabil.

Biro Media Pejabat Pendakwa Raya itu melaporkan ejen Mossad terbabit mengekalkan hubungan rapat dengan para pegawai perisikan berpangkat tinggi Israel melalui media sosial dan mengumpul maklumat kritikal untuk mereka dengan berselindung sebagai seorang pengarang berita.

Ejen tersebut mengembara ke beberapa wilayah untuk mendapatkan perlindungan dan cuba meninggalkan Iran sebelum ditangkap dalam operasi di wilayah Ardabil.

Following the arrest, Mossad reportedly took immediate action to close the agent’s user accounts and delete related information to mitigate the fallout.

Berikutan penahanan itu, Mossad dilaporkan menutup akaun pengguna ejen terbabit dan memadamkan maklumat berkaitan untuk menutup kegagalan tersebut. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top