Israel sahkan ketua tentera Hamas terbunuh dalam serangan udara

Israel sahkan ketua tentera Hamas terbunuh dalam serangan udara


TEL AVIV- Israel mengesahkan ketua tentera Hamas, Mohammed Deif terbunuh dalam serangan udara di semenanjung Gaza, bulan lepas.

Katanya, Deif menjadi sasaran utama dalam serangan di kawasan Khan Younis, 13 Julai lalu.

“Berdasarkan maklumat risikan, kami mengesahkan Mohammed Deif telah berjaya dibunuh dalam serangan pada 13 Julai lalu,” kata tentera Israel.

Bagaimanapun, Hamas belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengesahkan berita tersebut.

Menurut Israel, Deif merupakan salah seorang tokoh yang bertanggung jawab dalam merancang serangan di selatan Israel, 7 Oktober tahun lepas.

Deif dilihat sebagai orang kedua Hamas di Gaza selepas Yahya Sinwar yang merupakan ketua di wilayah tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, kematian Deif adalah pencapaian penting dalam menghapuskan Hamas.- Agensi



Source link

OR

Scroll to Top