Isteri kepada pelakon Redza Rosli iaitu Bella Hanna menjadi perhatian apabila memuat naik gambar hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat hari ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Bella dilihat mengenakan tudung berwarna hitam dengan kaca mata sambil memegang dokumen.
BACA: Redza Rosli, Bella Hana Timang Anak Sulung, Beri Nama Muhammad Aydrean Raess

Bagaimanapun, Bella tidak berkongsikan lebih lanjut kehadirannya ke pejabat agama berkenaan dan tidak kelihatan kelibat Redza dalam gambar tersebut.
Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aydrean Raedd kini berusia enam bulan.






