“Saya Rasa Tak Hidup Lama, Saya Dah Tak Kejar Dunia”

“Saya Rasa Tak Hidup Lama, Saya Dah Tak Kejar Dunia”

“Saya Rasa Tak Hidup Lama, Saya Dah Tak Kejar Dunia”


Penyanyi Sharifah Zarina berkata dirinya lebih tenang kerana masanya lebih banyak diisi dengan menghadiri kelas agama serta mendekatkan diri dengan agama.

Memetik Astro Gempak, Zarina berkata dia kini banyak waktu terluang apatah lagi anak sudah meningkat dewasa dan tidak lagi mengejar dunia.

BACA: Khayal Kesan Ubat Bius, Pergerakan Sharifah Zarina Seperti Sedang Bertawaf

Tambah Zarina lagi, dia juga tidak lagi mengejar perhatian di media sosial kerana baginya tiada apa untuk dikongsikan kepada umum.

“Mungkin sebab sekarang ni masa dah banyak terluang. Saya boleh pergi kelas agama, banyak kali pergi umrah. Malam tadi (Isnin) pun baru balik dari mengerjakan umrah dan saya baru balik haji.

“Saya rasa ketenangan itu luar biasa sebenarnya. Bukan nak cakap sebab ada duit boleh pergi. Kadang-kadang saya pun fikir, cukup ke duit nak pergi? Tapi Allah izinkan.

“Ketenangan yang rasakan ketika ini lain. Saya dah tak mengejar dunia ni sangat dah. Media sosial pun kadang-kadang saya rasa macam tak ada apa benda nak post,” katanya.

Sementara itu, Zarina berkata lagi dia sering memikirkan tentang kematian dan disebabkan itu dia tidak lagu mengejar hal dunia.

“Mungkin umur tak panjang, kita tak tahu. Wallahuaklam. Saya selalu fikir mungkin umur saya ni tak panjang mana. Saya selalu cakap dengan orang, saya rasa saya tak hidup lama.

“Kadang-kadang orang tanya kenapa cakap macam tu. Tak tahulah tapi dia ada rasa sendiri. Sebab tu saya dah tak kejar dunia dah. Saya tak tahu macam mana nak cakap,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top