July 27, 2024

Isu kontrak suami menteri: SPRM terima petunjuk baharu, siasat secara menyeluruh

Isu kontrak suami menteri: SPRM terima petunjuk baharu, siasat secara menyeluruh



rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima beberapa aduan baharu berhubung isu suami seorang menteri yang dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor.

Sumber berkata, aduan dan maklumat itu memberikan petunjuk baru yang boleh diteliti pihak berkuasa terbabit.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat berkenaan.

“Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan negeri itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat baharu berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, orang ramai diingatkan tidak membuat spekulasi dan membincangkan isu itu secara terbuka sebaliknya memberi ruang kepada SPRM melaksanakan siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top