July 27, 2024

Isu SMK Khir Johari jadi Kolej Tingkatan 6 selesai – Fadhlina

Isu SMK Khir Johari jadi Kolej Tingkatan 6 selesai – Fadhlina



am@hmetro.com.my

Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan isu untuk menamatkan kelas tingkatan satu hingga lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di Sungai Petani, Kedah bagi memberi laluan kepada Kolej Tingkatan Enam sudah selesai.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata perkara itu bukan isu dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana pelajar sedia ada di sekolah itu ketika ini akan meneruskan sesi pembelajaran sehingga 2027.

Katanya, pihaknya kini mahu memberi tumpuan untuk mencari jalan bagi menaiktaraf sekolah itu sebagai pusat pemusatan tingkatan enam.

“Isu ini (menamatkan tingkatan satu hingga lima) telah selesai dan tidak berbangkit. Di sini, yang kita nak bagi tumpuan adalah berkaitan dengan bagaimana nak menaikkan taraf sekolah itu sebagai pusat pemusatan tingkatan enam.

“Soal akses pendidikan semua telah pun selesai dan saya fikir tidak ada apa-apa isu yang perlu dirisaukan kerana anak-anak ini masih bersekolah hingga 2027.

“Keputusan ini sudah dipersetujui untuk meningkatkan kualiti pendidikan khususnya memberi tumpuan kepada pelajar tingkatan enam di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan ibu bapa sekolah berkenaan yang mahu KPM mengkaji semula keputusan menukar SMKKJ sebagai Kolej Tingkatan Enam.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival HIP Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top