norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi Ernie Zakri, 34, mengetahui setiap tindakan dilakukan suaminya, Syamel yang juga penyanyi atas urusan kerja kerana sudah dimaklumkan kepadanya terlebih dulu.
Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, komunikasi antara suami isteri dalam rumah tangga sangat penting terutama perkara yang selalu dilakukan mereka setiap masa.
“Berkaitan Syamel itu, pada saya sebagai seorang isteri saya okay, begitu juga sebagai seorang penyanyi sudah tentu saya okay. Sebab, Syamel ini dia memang seorang yang ‘kaki update’ (kemaskini hantaran di media sosial).
“Dia (Syamel) juga ‘live chat’ dengan saya maklumkan dia ‘shoot’ begini dan begitu. Pada saya ia tentang komunikasi dalam rumah tangga. Saya tahu, saya sedar apa yang Syamel buat sebagaimana kita tahu nak cari rezeki dan sebagainya.
“Tetapi, sudah tentu ada benda yang boleh kita belajar. Malah, saya sebagai isteri bila tengok suami sebegitu, sudah tentu ada benda yang kita boleh belajar balik dan kita perbaiki sama-sama,” katanya.
Terdahulu, Ernie yang juga penyanyi lagu tema (OST) filem Khadam arahan Shamyl Othman ditemui hadir pada sesi eksklusif ‘Content Day’ karya seram dan thriller itu di Bangsar, di sini, semalam.
Hadir sama pelakon lain seperti Aghniny Haque dari Indonesia, Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff dan Karl El serta penyanyi lagu tema (OST) iaitu Ernie Zakri.
Menurut Enie, sebenarnya mereka bersyukur sebab ramai orang menyayangi serta sukar menerima apa sahaja tindakan dilakukan Syamel.
“Saya sebagai isteri boleh kata pada Syamel, jangan berani-berani (buat macam-macam di belakang) sebab tengok saya ada ‘back-up’. Umpamanya macam itulah. Saya lebih kepada bersyukur.
“Apabila kita dapat maklum balas daripada peminat, kita berdua duduk sama-sama dan berbincang dan kita cuma cakap, bila orang dah suka Syamel dan Ernie ini, Alhamdulillah terus kekalkan.
“Kita cuba kalau boleh kita nak elakkan benda-benda dan doa-doa sebagainya. Saya baca juga (komen netizen) tetapi kita juga tidak boleh hentikan. Kadang-kadang yang mendoakan itu pun entah-entah ‘crazy or not’ pun kita tidak tahu.
“Takkanlah semena-mena ada manusia ‘normal’ nak mendoakan tidak baik kepada sesebuah keluarga. Tetapi, apa yang boleh dikatakan kita sudah melakukan itu harus bertanggungjawab terhadap apa yang kita sudah ‘post’ (muat naik),” katanya.
Katanya, dia dan Syamel sudah berbincang mengenai perkara itu dan mereka sepakat fokus kepada karier muzik masing-masing.
Baru-baru ini, difahamkan Syamel menerusi muzik video (MV) lagu terbaharunya, Pertama memaparkan kemesraan bersama seorang wanita yang menarik perhatian netizen di media sosial.
© New Straits Times Press (M) Bhd






