April 17, 2024

JAG Capital peroleh 164.68 juta saham KUB


KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) hari ini menjelaskan bahawa JAG Capital Holdings Sdn Bhd memperoleh sejumlah 164.68 juta saham daripada KUB Malaysia Bhd setakat pada 18 Mac.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank IB berkata, sebanyak 163.81 juta saham atau 29.44 peratus saham KUB selesai diperoleh, manakala baki 865,735 saham KUB masih dalam pengesahan.

Sebelum ini, JAG Capital menawarkan tawaran pengambilalihan mandatori (MTO) tanpa syarat kepada KUB Malaysia Bhd melalui Maybank IB, untuk memperoleh 86.65 peratus saham dalam pengeluar kabel kuasa, Central Cables Bhd (CCB) pada harga RM119.42 juta.

Maybank IB berkata pertimbangan pembelian itu akan dimuktamadkan menerusi terbitan 199.03 juta saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS) KUB pada harga 60 sen sesaham.

Selepas MTO, JAG kini memegang sebanyak 62.72 peratus saham KUB.

JAG dalam makluman kepada Bursa Malaysia sebelum ini berkata ia tidak berhasrat mengekalkan status penyenaraian KUB jika ia memperoleh lebih daripada 90 peratus pegangan saham dalam syarikat itu.

Namun, akan mengekalkan KUB disenaraikan jika meraih pegangan saham kurang daripada jumlah tersebut. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top