Jalil Hamid meninggal dunia

Jalil Hamid meninggal dunia


PETALING JAYA: Pelakon, Jalil Hamid, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari tadi.

Khabar duka itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil, yang memaklumkan Allahyarham didapati tidak lagi bernyawa ketika dikejutkan oleh ibunya kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar jam 12.30 tengah hari, ibu pergi memeriksa ayah dan mendapati ayah sudah tiada.

“Kami sekeluarga memohon semua mendoakan agar urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya ringkas kepada media.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan pernah mengalami masalah jantung sehingga menyebabkan keadaan fizikalnya merosot akibat hilang selera makan.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak menyumbang kepada perkembangan dunia seni tanah air dan pernah meraih anugerah berprestij, termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-13. -UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top