PENJAGAAN kesihatan keluarga kini menjadi keutamaan bagi setiap individu.
Pemilihan kelengkapan rumah yang tepat terutama berkaitan air minuman harian memainkan peranan penting dalam menjamin tahap kesihatan keluarga.
Memandangkan pengambilan air bersih adalah nadi kehidupan sihat, Toshiba membawakan penulen air dari siri JAPANDi bagi memenuhi keperluan masyarakat.
Bukan sekadar penulen air, ia adalah pelengkap gaya hidup moden yang mementingkan kualiti air serta keindahan ruang melalui rekaan minimalis yang menawan.
Lebih menarik, penulen air ini dilengkapi teknologi pemanasan tanpa tangki (tankless) yang memastikan bekalan air sentiasa segar tanpa risiko bertakung, di samping memberikan reka bentuk lebih nipis dan kompak sesuai untuk pelbagai ruang kediaman.
Teknologi pensterilan UV-C pada paip air juga membantu mengekalkan kebersihan setiap titisan air yang diminum sekali gus memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria dan kuman.
Gabungan inovasi ini bukan sahaja menawarkan keselesaan menikmati air minuman bersih secara segera, malah memberikan ketenangan minda kepada seisi keluarga dalam memastikan kualiti air harian sentiasa terjamin.
Pilihan ideal buat keluarga
Inovasi terbaharu ini tampil dengan reka bentuk ultra nipis bersaiz 160mm yang menjimatkan ruang sekali gus menjadikannya pilihan ideal bagi keluarga kecil atau mereka yang menetap di unit kediaman kompak.
Menampilkan konsep minimalis, ia sesuai ditempatkan dengan mudah di atas meja dapur. Ini memberikan pengguna kebebasan dalam menyusun atur ruang dapur mengikut kreativiti.
Walaupun saiznya kompak, ia dilengkapi dengan Sistem Penapisan 4 Peringkat yang berupaya menyingkirkan bendasing, bakteria, virus, klorin, serta bau bagi menghasilkan rasa air yang lebih tulen dan berkualiti.
Malah, penulen air ini kini telah menerima pengiktirafan sijil Halal, sekali gus memberikan keyakinan penuh kepada pengguna terhadap kualiti dan integriti air yang dihasilkan.
Salah satu keunggulan utama teknologi ini adalah Sistem Pemanasan Pantas Tanpa Tangki yang membolehkan pengguna menyediakan air panas dalam tempoh hanya tiga saat sahaja.
Ciri ini bukan sahaja menjimatkan masa malah jauh lebih cekap tenaga kerana tiada tenaga elektrik yang dibazirkan untuk tujuan pemeliharaan haba secara berterusan.
Sistem pemanasan pantas ini juga mampu menghasilkan air mendidih 100°C dalam hanya lima saat, memberikan kemudahan maksimum tanpa perlu menunggu lama.
Teknologi pemanasan atas permintaan ini memastikan air dipanaskan hanya apabila diperlukan sekali gus membantu menjimatkan tenaga secara lebih efisien.
Pengguna juga diberikan fleksibiliti dengan pilihan suhu yang tepat mengikut keperluan harian, di mana tetapan 40°C disediakan khusus untuk bancuhan susu bayi.
Selain itu, sistem ini turut menawarkan suhu 75°C yang bukan sahaja ideal untuk membancuh kopi atau teh, malah berfungsi sebagai mod pensterilan saluran air suhu tinggi.
Dengan hanya satu sentuhan, bilasan air panas 75°C akan mengalir bagi menyingkirkan mendapan, bakteria dan bau dalam saluran air, seterusnya membantu menghalang pertumbuhan bakteria sehingga 100 peratus* serta mengekalkan kebersihan dalaman sistem.
Bagi penyediaan minuman yang memerlukan tahap kepanasan lebih tinggi, tetapan 85°C turut disediakan untuk kemudahan pengguna.
Dari aspek keselamatan pula, sistem ini dilengkapi dengan teknologi pensterilan UV-C pada bahagian saluran keluar air dengan reka bentuk balutan khas, membolehkan setiap titisan air dinyahkuman secara serta-merta.
Teknologi ini juga direka lebih cekap tenaga dengan fungsi kawalan hidup dan mati automatik, yang hanya beroperasi apabila air mengalir.
Peneman setia di dapur
Meletakkan kualiti air sebagai elemen asas yang tidak boleh dikompromi, khususnya dalam memenuhi keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar, siri penulen air Toshiba pastinya menjadi peneman setia di dapur.
Dengan gabungan harmoni antara estetika minimalis dan teknologi penulenan yang canggih, siri penulen air Toshiba bukan sekadar perkakas dapur, malah ia adalah pelaburan jangka panjang buat kesihatan insan tersayang.
Kini, setiap tegukan air bukan sahaja menyegarkan, malah memberikan ketenangan minda buat mereka yang mengutamakan kualiti tanpa kompromi.
Jadikan kediaman lebih bermakna dan sihat dengan sentuhan inovasi Jepun yang dipercayai.
Dapatkan siri penulen air Toshiba di Lazada atau layari laman rasmi Toshiba untuk maklumat lanjut.
#ToshibaLifestyleMalaysia #ToshibaOriginPure #ToshibaJAPANDi #DetailsMatter #TWP-H2509TMY(W) #TWP-H2509TMY(M)
© New Straits Times Press (M) Bhd






