JDT II juara Piala MFL, belasah Penang FC II 7-0

JDT II juara Piala MFL, belasah Penang FC II 7-0


SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) II menjulang Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), musim 2024/25 apabila menewaskan Penang FC II, 7-0 pada aksi final di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan JDT II menamatkan saingan musim 2024/25 dengan 53 mata dan sekali gus mengenepikan pencabar terdekat, Selangor FC II yang menewaskanKedah Darul Aman FC (KDA B), 7-0, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bermula garang sebaik wisel permulaan, skuad kendalian Gonzalo Zaballos itu hanya memerlukan 10 minit bagi meledak jaringan pembukaan pada minit ke-10 menerusi rembatan penyerang, Gabriel Nistelrooy Tamin.

Belum sempat kesebelasan Penang FC II, mengatur serangan balas, tuan rumah beroleh gol kedua hasil jaringan Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal pada minit ke-14.

JDT terus mengganas dengan gol ketiga hasil jaringan penyerang Romel Morales pada minit ke-21 sebelum Muhammad Najmudin Akmal berjaya merobek gawang pelawat buat kali kedua pada minit ke-26.

Selesa mendahului 4-0 Bagaimanapun menyaksikan JDT II terus %mengatur asakan ke gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan.

Bagaimanapun tiada sebarang jaringan tambahan dihasilkan kedua-dua pasukan hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua menyaksikan tuan rumah terus garang dan hanya memerlukan empat minit bagi meledak gol kelima menerusi Muhammad Najmudin Akmal yang sekali gus melengkapkan hattriknya pada perlawanan tersebut.

JDT II terus mengukuhkan kedudukan apabila, Romel Morales kemudiannya menjaringkan gol keenam yang juga gol keduanya peribadinya, pada minit ke-61.

Minit ke-65 menyaksikan Gabriel Nistelrooy menjaringkan gol ketujuh yang juga gol kedua peribadinya dalam perlawanan tersebut.

Tiada sebarang jaringan tambahan dihasilkan pada penghujung perlawanan dan sekali gus menyaksikan JDT II sah juara Piala MFL 2024/25.



Source link

OR

Scroll to Top