JDT tekad bangkit, belajar daripada kesilapan – Muñoz

JDT tekad bangkit, belajar daripada kesilapan – Muñoz


Penyerang JDT, Bergson Da Silva (kiri) melakukan percubaan ke arah pintu gol Buriram United. – foto Johor Southern Tigers

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mahu kesebelasan Harimau Selatan kembali bangkit melakar kejayaan setelah tewas 1-2 kepada Buriram United pada aksi Kumpulan A, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), di Chang Arena, Buriram, Thailand pada Selasa.

Menurutnya, kesebelasan pemain juga perlu belajar daripada kesilapan bagi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang.

“Banyak perkara sebenarnya yang kami berjaya lakukan dalam situasi tertentu, terutamanya ketika menguasai permainan dan menyerang.

Munoz

Munoz

“Walaupun JDT mempamerkan banyak perkara positif di sepanjang perlawanan, namun perlu diingatkan bahawa dalam bola sepak, kita tidak boleh memberikan ruang serta peluang kepada pihak lawan terutamanya dalam kotak penalti.

“Ini kerana, ada ketikanya, perkara sebegini boleh mengubah rentak perlawanan. Apa yang penting, kita perlu terus belajar daripada kesilapan ini serta memperbaiki kelemahan dan cuba memberikan sesuatu yang lebih baik pada perlawanan seterusnya,” katanya selepas perlawanan.

Pada aksi berkenaan, JDT meledak gol pembukaan menerusi rembatan Antonio Glauder pada minit ke-28.

Bagaimanapun, Suphanat Muenta menggamatkan Chang Arena apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-50 sebelum pemain import dari Austria, Robert Zulj menjaringkan gol kedua skuad Thunder Castle itu yang juga merupakan gol kemenangan pasukan pada minit ke-54.

Sementara itu, Munoz tetap optimis dengan kemampuan pemain untuk kembali bangkit pada perlawanan berikutnya.

“Saya menaruh keyakinan terhadap pemain-pemain saya dan kerana tahu mereka pasti akan bangkit dan menghasilkan lebih banyak kejayaan musim ini,” katanya.

Ringkasan AI

  • Xisco Munoz mahukan JDT bangkit dari kekalahan 1-2 kepada Buriram United
  • Pemain harus belajar daripada kesilapan untuk perlawanan akan datang
  • JDT mempamerkan banyak perkara positif namun gagal dalam situasi penting
  • Gol pembukaan JDT oleh Antonio Glauder dan gol kemenangan Buriram oleh Robert Zulj
  • Munoz optimis pemain JDT akan bangkit dan menghasilkan lebih banyak kejayaan



Source link

OR

Scroll to Top