‘JDT terlalu kuat, tapi kami banyak belajar’ – Aidil Sharin


JURULATIH Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak akur dengan kekalahan pasukannya ke atas JDT pada aksi Piala Sumbangsih pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kekalahan itu adalah pengajaran bermakna, memandangkan status JDT yang memiliki pelbagai pencapaian membanggakan.

Menurutnya, beliau enggan menjadikan isu kecergasan dan persiapan pramusim sebagai alasan kekalahan.

“Perlawanan ini amat sukar, khususnya apabila beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan atau masih belum mencapai tahap kecergasan perlawanan selepas terlepas aksi pramusim,” ulasnya.

Beliau berkata, pasukan itu sudah meneliti kesilapan yang dilakukan sepanjang perlawanan dan akan berusaha memperbaikinya, selain menyatakan persiapan Kuching City turut terjejas akibat isu pengubahsuaian stadium di Sarawak serta kekurangan perlawanan berintensiti tinggi.

Beliau tetap berpuas hati dengan persembahan pemain dalam perlawanan berintensiti tinggi itu sambil mengakui, kekuatan JDT di setiap bahagian yang merencatkan sedikit aksi mereka.

Pujian juga diberikan kepada persembahan beberapa pemain muda dan muka baharu seperti Ramadhan Saifullah dan Gabriel Nistelrooy yang menampilkan disiplin tinggi ketika menentang pasukan yang memiliki pelbagai koleksi kejuaraan domestik itu.

Akuinya, kelebihan JDT adalah memiliki pemain-pemain prolifik seperti Bergson da Silva yang memberi impak besar kepada corak semua pemain antarabangsa dan tempatan dalam skuad Harimau Selatan.

“JDT juga berlatih di Sepanyol dan ada menentang kelab berintensiti tinggi seperti Chelsea yang memberi pendedahan meluas kepada Harimau Selatan sementara kami tidak memiliki peluang itu,” ulasnya.

Menentang aksi seterusnya, fokus diberikan kepada dua aksi di tempat lawan menentang Kuala Lumpur dan Kelantan.

“Fokus utama hendak mengukuhkan posisi pertahanan selepas menurunkan tiga pemain import di bahagian pertahanan pada separuh masa pertama dalam usaha meraih sekurang-kurangnya satu mata ketika berdepan JDT,” katanya.

 

 



Source link

OR

Scroll to Top