July 27, 2024

Jenazah Muhammad Syafiq, Ahmad Azza dibawa pulang ke kampung halaman

Jenazah Muhammad Syafiq, Ahmad Azza dibawa pulang ke kampung halaman



farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing pagi ini untuk dikebumikan.

jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq adalah yang pertama diusung menaiki van jenazah untuk dibawa pulang ke Gambang, Kuantan, Pahang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Ia diikuti jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi pula diusung pada jam 11.50 pagi untuk dikebumikan di Bidor, Perak.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyaksikan kedua-dua jenazah diusung ke dalam van.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Rohani Azmi turut hadir mewakili kerajaan negeri.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Baginda hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram.

Semalam, media melaporkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat, mengorbankan dua anggota polis serta suspek penyerang dilakukan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata suspek yang berusia 21 tahun yang ditembak mati di tempat kejadian, sememangnya telah merancang dan melakukan serangan untuk mendapatkan senjata api yang disimpan di balai polis berkenaan.

Berita berkaitan:

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri – Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor – KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top