Jerman tewaskan Hungary, Albania kejutkan Crotia dalam Euro 2024

Jerman tewaskan Hungary, Albania kejutkan Crotia dalam Euro 2024


BERLIN – Gol daripada Jamal Musiala dan Ilkay Gundogan membantu Jerman mara ke pusingan 16 terakhir selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut 2-0 ke atas Hungary manakala Albania berjaya meraih keputusan seri 2-2 dengan Croatia dalam pusingan kedua peringkat kumpulan Euro 2024 pada Rabu.

Hungary mendapat permulaan yang lebih baik dan terlepas peluang keemasan untuk memecahkan kebuntuan pada minit pertama apabila penjaga gol Jerman, Manuel Neuer menyelamatkan hantaran lintang Joshua Kimmich di hadapan Rolland Sallai.

Jerman hampir mencipta jaringan pada minit ke-10 apabila Kai Havertz melepasi pertahanan Hungary sebelum menguji penjaga gol Peter Gulacsi.

Gulacsi tidak bernasib baik 10 minit kemudian apabila Willi Orban gagal mengawal bola dalam kotak sendiri, membolehkan Gundogan menyusun untuk Musiala, yang menyelesaikan tugasnya untuk menjadi pemain pertama yang menjaringkan dua gol di Euro 2024.

Hungary terus menggasak untuk mencari gol penyamaan, tetapi Neuer berjaya menepis sepakan percuma Dominik Szoboszlai pada minit ke-30 sebelum penyerang itu mendapat satu lagi percubaan berbahaya yang disekat oleh pertahanan Jerman Jonathan Tah beberapa ketika kemudian.

Pasukan Marco Rossi menyangka mereka telah menyamakan kedudukan tetapi VAR menolak gol Sallai kerana ofsaid sebelum rehat.

 

Selepas permainan bersambung, Jerman terus mengawal permainan, tetapi Hungary masih kelihatan berbahaya apabila Barnabas Varga menyepak bola sedikit melebar selepas mendapat hantaran tepat daripada Sallai pada minit ke-60.

Tuan rumah kejohanan akhirnya memastikan kemenangan pada minit ke-67 apabila hantaran silang Maximilian Mittelstadt diperoleh Gundogan, yang mudah menambah gol kedua.

Anak buah Julian Nagelsmann terus bertenaga tetapi joker Leroy Sane dan Niclas Fullkrug tidak dapat menambah jaringan.

 

“Pada tahap ini, anda mesti kekal stabil. Hungary adalah lawan yang sangat sukar, tetapi kami kekal stabil dalam kebanyakan situasi. Anda mesti menang perlawanan seperti ini dahulu dan kami berjaya melakukannya,” kata Nagelsmann.

Dengan kemenangan ini, Jerman kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan diikuti Switzerland, Scotland dan Hungary.

Dalam pertemuan Kumpulan A yang lain, Switzerland seri 1-1 dengan Scotland hasil percubaan sengit Xherdan Shaqiri ke penjuru kiri atas.

Dalam Kumpulan B, Klaus Gjasula dari Albania mengejutkan Croatia dengan gol penyamaan lewat 2-2. Albania membuka jaringan melalui Qazim Laci sebelum Andrej Kramaric dari Croatia menyamakan kedudukan. Gol sendiri Gjasula membantu Croatia untuk mendahului, tetapi pemain tengah Darmstadt itu berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan.- BERNAMA-XINHUA



Source link

OR

Scroll to Top