Jika individu berpengaruh cemarkan reputasi saya, patutkah saya failkan saman? -Tony Pua

Jika individu berpengaruh cemarkan reputasi saya, patutkah saya failkan saman? -Tony Pua


Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mencetuskan perhatian apabila mempersoalkan sama ada beliau berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya reputasinya tercemar akibat dakwaan tidak benar yang dibuat oleh individu berpengaruh.

“Adakah saya punya hak mempertahankan diri?”

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan mempertahankan diri akan menyebabkan lebih banyak laporan polis dibuat terhadapnya.

“Jika seseorang yang berpengaruh menyebarkan fakta yang tidak benar sehingga mencemarkan reputasi saya, boleh atau patutkah saya memfailkan saman fitnah?
“Adakah saya mempunyai hak untuk mempertahankan diri?
“Atau adakah saya akan menerima lebih banyak laporan polis?” tulisnya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, kenyataan tersebut dilihat mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkannya dengan perkembangan politik semasa.

Sehingga kini, Tony Pua tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai individu atau isu yang dimaksudkan dalam hantaran berkenaan.

Sumber: Facebook Tony Pua





Source link

OR

Scroll to Top