September 8, 2024

Jika ingin diterima kembali, UMNO mesti memahami kehendak rakyat

Jika ingin diterima kembali, UMNO mesti memahami kehendak rakyat


KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap diharap menjadi pengajaran besar kepada UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan di pilihan raya ini jelas memperlihatkan UMNO mesti melaksanakan apa yang diinginkan rakyat, jika mahu diterima kembali oleh rakyat di negara ini.

Bercakap di Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat Perak di Bangunan UMNO Perak, beliau berkata, sudah tiba untuk UMNO dan Barisan  Nasional Perak merangka, strategi bagi membina pemimpin parti yang berkualiti bagi agar diterima rakyat.

Katanya, memahami landskap politik yang sudah berubah, maka UMNO mesti mengenengahkan pemimpin tempatan yang memenuhi citarasa rakyat dan kehendak rakyat setempat.

“Saya harap UMNO Perak melakukannya kerana pengalaman lalu mengajar kita. Jangan lagi kita menimbulkan suasana yang menganggu jentera parti berkaitan calon pilihan raya, yang akhirnya kita kecundang dan ditolak oleh rakyat. Saya berkeyakinan ramai tokoh-tokoh di Perak yang mampu,” tambahnya.

Shamsul Anuar berkata, paling utama ialah UMNO mesti memahami apa yang rakyat inginkan.

“Kita mesti memenuhi kehendak mereka jika UMNO mahu terus kekal diterima rakyat. Maknanya jika UMNO tidak memenuhi kehendak rakyat, UMNO tidak akan popular dihati rakyat. Bila UMNO tidak dihati rakyat, apa juga dilakukan UMNO pasti ditolak rakyat,” ujar beliau.

Justeru itu, suatu aspek utama bagi UMNO ialah imej parti dan imej yang dimaksudkan pasti antaranya ialah mesti dilihat bersih dan sempuna dimata rakyat.

Jangan sesekali memperlihatkan UMNO adalah parti bermasalah.

UMNO mesti menjadi parti milik rakyat, memperjuangkan kepentingan rakyat, jelasnya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top