July 27, 2024

JL99 menang tiga anugerah di StarProperty Awards 2024

JL99 menang tiga anugerah di StarProperty Awards 2024


KUALA LUMPUR – Pemaju perumahan terkemuka dan hartanah, Kumpulan JL99 sekali lagi berjaya meraih tiga anugerah di StarProperty Awards 2024 baru-baru ini.

Anugerah berprestij itu diberikan kepada Kumpulan JL berikutan projek-projek perumahan yang berjaya mencapai standard dan kualiti cemerlang dalam industri perumahan negara setakat ini.

Tiga anugerah itu ialah The Family- Friendly Award;Best Family Centric Development High Rise KL, The Resort Living Home Award; Best Resort Features Developement, The Skyline Award;Best High Rise Residential Developement yang di hadiri oleh Menteri KPKT, Nga Kor Ming di hotel terkemuka pada Rabu lepas.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri BK Jeff Lee merasakan pengiktirafan itu sesuatu tidak akan dilupakan malah dijadikan sebagai motivasi.

Kata Jeff Lee, anugerah itu telah mengiktiraf pencapaian pemaju hartanah serantau yang memberi impak besar di negara ini.

Jelasnya, kesemua anugerah tersebut masing-masing menekankan kualiti projek hartanah dibangunkan sebagai kriteria utama dan JL99 berhasil melepasi semua tapisan.

“Baru-baru ini kita telah dapat empat anugerah kemudian ditambah pula kelmarin apabila StarProperty Awards 2024 juga mengiktiraf kita. Memang ini satu kebanggan kerana JL99 berjaya sampai ke tahap ini selepas usaha gigih ini mengambil masa puluhan tahun.

“Ramai yang dapat anugerah pada StarProperty ini kebanyakan mereka sangat besar dan hebat tetapi apabila kita juga berdiri bersama mereka serta diberikan penghormatan seperti ini, memang kita sangat teruja, berterima kasih dan rendah diri untuk teruskan usaha ke peringkat lebih hebat lagi.

Tahun ini sahaja JL99 telah mendapat empat anugerah iaitu yang menyaksikan syarikat itumuncul sebagai pemenang bagi kategori Eminent Eagles Award dan Top 2 Winner of Eminent Eagle Award.

Selain itu, dua lagi anugerah diberikan oleh dan kategori Property Excellence Awards, dan SCBEA Top 10 (PAT) Awards untuk JL99.

Dalam pada itu, kata Jeff Lee lagi, kebanyakan anugerah diperoleh selepas kejayaan projek 99 Legend (fasa 2) yang kini dalam pasaran.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, ketegasannya menitikberat aspek kualiti dibayar dengan cukup lumayan, apabila fasa pertama projek kediaman 99 Residence sudah terjual sebanyak 99 peratus. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top