Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!


Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi Pertandingan Masakan Acar baru-baru ini sempena Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) di Taman Tasik Maran, Pahang.
Terbukti keikhlasan ‘air tangan’ Paduka Baginda yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik dalam setiap hasil masakannya.


Seperti yang semua tahu, memasak sangat sinonim dengan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Aktiviti memasak bukan hanya terapi jiwa buat Paduka Baginda malah ia turut menjadi kebiasaan khususnya untuk menjamu keluarga, kenalan serta tetamu di istana.


Biarpun berstatus diraja, Paduka Baginda sentiasa rajin menyinsing lengan masuk ke dapur untuk memasak bersama-sama cef dan tukang. Paduka Baginda juga sering memasak untuk para pekerjanya di istana.
Kongsi Video Masakan
Dalam hantaran terbaharu di Instagram Kesultanan Pahang, Paduka Baginda berkongsi bagaimana proses penghasilan acar buah yang dipertandingkan itu dan ia sememangnya hasil air tangan Paduka Baginda sendiri.
Dibantu sekumpulan Cef Istana Abdulaziz yang digelar ‘Geng Ular’, Paduka Baginda sentiasa teliti dalam menyiapkan menu yang ingin dihidangkan.
Penyertaan Paduka Baginda dalam Pertandingan Masakan Acar baru-baru ini hanya kebetulan.


Sementelah Paduka Baginda baru sahaja menyiapkan berbotol-botol acar buah, tanpa pengetahuan sesiapa, secara diam-diam Paduka Baginda melalui seorang ahli WI menghantar penyertaan menggunakan nama ‘Aminah Mahmood’ dari Maran.
BACA JUGA: Tengku Ampuan Pahang Berkenan Merasmikan Pembukaan Pusat Kesuburan Alhaya
Rezeki
Bagaikan tertulis, sudah menjadi rezeki air tangan Paduka Baginda walaupun umum tidak mengetahuinya, masakan tersebut berjaya menawan selera juri.


Bukan hanya juri, Paduka Baginda sendiri terkejut apabila hidangan tersebut dipilih sebagai pemenang tempat pertama.
Kisahnya, acar buah tersebut dihantar untuk bertanding pada waktu pagi dan Paduka Baginda bermesyuarat sehingga terlupa perihal acar buah tersebut.
Semua 11 peserta hanya membawa acar buah yang siap dimasak dan dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing untuk dipertandingkan.
Acar buah Paduka Baginda tidak diletakkan dalam mangkuk khas istana tetapi dalam bekas biasa (pyrex) seorang penduduk kampung di situ.
Juri Teruja Pertama Kali Rasa Acar Buah Paling Sedap
Sementara itu, juri pertandingan Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan terkejut apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.


“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.
“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna.
“Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan.”


Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Peraki.


Turut mengiringi ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Download seeNI sekarang!


Misteri kehilangan pemuda bernama Mohammad Ashraf Hassan,29, atau lebih dikenali sebagai Acap memang menjadi tumpuan ramai. Seluruh rakyat Malaysia juga turut terkesan dengan kejadian ini dan berharap dirinya akan segera ditemui.
Usaha mencarinya sedang giat diteruskan. Namun, sebuah video yang menunjukkan ibunya sedang menjerit mengharapkan kepulangannya sewaktu mencari buat semua netizen yang melihatnya sebak. Sememangnya kasih ibu itu tiada tandingannya.
“Pulanglah Acap…”
Acap.. Balik Cap.. Mak Kat Sini!! ??
Ya ALLAH, Semoga Ashraf dalam keadaan baik-baik dan berjaya ditemui.
Mari sama sama kita doakan! pic.twitter.com/Sqm8tM5WFY
— 999 Malaysia ?? (@999Malaysia) March 31, 2019


Rata-rata netizen yang memberi komen mengenai video itu turut mengakui berasa sebak hingga mengalirkan air mata kerana dapat memahami perasaan ibunya itu.







kredit: twitter @999Malaysia
Ya Allah, jika kita yang melihatnya sudah berasa sedih apatah lagi perasaan ibunya yang mengandungkannya. Moga Acap akan segera ditemui dalam keadaan selamat. InsyaAllah, sama-sama kita doakan.
Download seeNI sekarang!


Penganjur acara pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week (ICFW) yang berlangsung di Menara Affin @ Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, bakal membawa para pemenang ke Paris pada tahun depan untuk beraksi.
Menurut penganjurnya Jonathan dan Farel Mikhail dari FM Group, usaha ini adalah untuk terus memartabatkan budaya Malaysia ke luar negara sekaligus memberi peluang kepada pereka muda untuk terus berkarya menghasilkan yang terbaik.


“Kami tidak mahu kemenangan mereka hanya berakhir dalam pertandingan ini, sebaliknya kami merancang membawa rekaan mereka ke Paris. Kalau ikut perancangan yang disusun dan telah mendapat persetujuan, mereka akan ke Paris pada Jun tahun depan. Dalam program itu, para pemenang ini akan bawa rekaan fesyen mereka yang bertemakan budaya Malaysia ini ke sana.
“Ini satu peluang keemasan buat mereka apabila bakal memperkenalkan budaya Malaysia ke Paris. Dalam masa yang sama, pereka fesyen muda dari Paris juga akan menyertai Precious Of Malaysia.”
Jonathan dan Farel Mikhail ditemui media di acara pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week (ICFW) di Menara Affin @ Tun Razak Exchange (TRX), pada 3 Ogos 2024.
Berentap Bersama Dengan Pereka Fesyen Antarabangsa


Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing. Pereka muda Afiq Syazani merangkul juara sekaligus mengetepikan pesaing hebat lain iaitu naib juara Rashid Moshi, UiTM (tempat ketiga) dan Zuramir (tempat keempat). Selain jenama-jenama tempatan, wakil dari negara luar iaitu Indonesia dan Filipina turut memberikan saingan sengit
Apa yang lebih membanggakan apabila salah satu pemenang untuk pertandingan ini merupakan pelajar-pelajar pereka fesyen daripada UiTM. Rekaan daripada ketiga pereka fesyen yang mewakili UiTM membuatkan para penonton serta juri terpesona dan sekali gus, memenangi tempat kedua setanding dengan pereka fesyen yang sudah pun berada lama di dalam industri.
“Misalnya, kalau lihat rekaan daripada team UiTM sebenarnya mereka sudah boleh berdiri hebat sebaris pereka-pereka fesyen dalam pasaran,” ujar Farel Mikhail.
Bukan itu sahaja, menurut Farel Mikhail, pemenang diberi keistimewaan untuk memperagakan rekaan mereka di hadapan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang mencemar duli hadir ke Malam Gala Precious Of Malaysia yang berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Menara Affin @ TRX.
“Ini juga satu penghargaan buat para pemenang apabila dapat menampilkan hasil rekaan mereka di hadapan Sultanah Nur Zahirah nanti. Koeksi yang dibawa oleh peserta Precious Of Malaysia kali ini sangat mengagumkan. Sebenarnya agak terkejut juga dengan hasil rekaan mereka. Kami sangat bangga dengan pencapaian luar biasa mereka”.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.
Artikel berkaitan: Pernah Buka HIJAB Gara-Gara Dapat Tawaran Tinggi, Anne Ngasri MENYESAL & Terus ISTIQOMAH Hingga Kini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Pelakon dan pengacara popular Neelofa bukan sahaja sering dipuji tetapi juga kerap mendapat kecaman dalam apa jua perkara dilakukan. Namun tidak makan kejian dan sudah lali dengan kritikan netizen, Neelofa kini melangkah ke satu lagi pencapaian terbesar apabila menjadi satu-satunya selebriti berhijab yang menandatangi kontrak bersama agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models yang berlokasi di London.
Menurut pelakon jelita ini dia berterima kasih kerana diberikan peluang sangat menakjubkan ini dan tidak sabar untuk meneroka ruang lebih jauh yang menantinya di masa akan datang.
“Saya sangat berbangga dan berasakan kegembiraan berganda untuk mengumumkan, kini saya menjadi sebahagian daripada pasukan @estmodels di London.
“Terima kasih untuk peluang keemasan ini. Saya tidak sabar untuk meneroka kesempatan diberikan dan terima kasih semua di atas layangan ucapan manis serta doa. Tahun 2019, mari kita lakukannya,” katanya menerusi Instagram.
Neelofa yang kini berada di London turut memuatkan fotio bersama pengurusan syarikat berkenaan di laman sosial peribadinya.
Bukan itu sahaja, pihak pengurusan melalui instagram mereka juga turut membuat pengumuman serupa dengan muat turut foto bersama usahawan muda itu berbusana dan mengenakan turban rona gelap.
Difahamkan juga menerusi perjanjian kontark ini nanti Neelofa dan pihak Established Models berbinbang dalam merencanakan kerjayanya untuk sepanjang tahun depan.
Seperti biasa, follower pengacara Meletop yng kini telah berjumlah 5.9 juta di Instagram turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya yang cukup manis di penghujung tahun 2018 ini.
Masing-masing mendoakan kejayaan Neelofa yang juga pemenang Dewi Remaja 2009/2010 ini dan semoga apa sahaja yang diimpikan akan tercapai.
Jadi idola & inspirasi


Paling kecik tapi comel


SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE & KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA
Download seeNI sekarang!






