Penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Nuha Bahrin yang terkenal dengan lagunya Casablanca tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Umum mengetahui bahawa lagu duet penyanyi ini, Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca telah mendapat sambutan baik daripada netizen. Namun, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian iaitu Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu dijadikan bahan jenaka netizen.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai ‘perosak lagu’ kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Jelasnya, dia tidak mahu peduli dengan kata-kata sindiran tersebut dan langsung tak terasa hati malahan dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik. Mungkin tidak ‘sesedap’ yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya menerusi temubual bersama Gempak.
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Keluarga turut terkesan
Namun dia juga mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu apabila ibunya terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.
“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.
Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit. Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk
Masyaallah… Buat netizen yang asyik meninggalkan komen negatif itu, boleh lah berhenti. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Tapi apakan daya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat Nuha, teruskan berkarya dan jangan berputus asa di dalam industri ini.
Sumber: Utusan, Gempak dan Instagram Nuha Bahrin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!