Kalah empat kali berturut-turut cabaran buat pengendali Liverpool

Kalah empat kali berturut-turut cabaran buat pengendali Liverpool


PENGENDALI Arne Slot mengakui mempunyai tugas berat untuk menghidupkan kembali prestasi merosot Liverpool selepas kekalahan 1–2 kepada Manchester United di Anfield, yang menyaksikan juara Liga Perdana Inggeris itu merekodkan kekalahan keempat berturut-turut.

Slot turut terkilan apabila pemainnya gagal memanfaatkan peluang besar dalam setiap babak — antaranya percubaan Cody Gakpo terkena palang sebanyak tiga kali selain satu peluang keemasan lain untuk menyamakan kedudukan pada saat akhir.

Mohamed Salah turut tewas dalam situasi terbuka kemudian menggeleng kepala menzahirkan kekecewaan penyerang itu kini telah tujuh perlawanan tanpa gol bukan penalti.

“Sebagai pengurus, cabaran tidak pernah berhenti. Sama ada memenangi perlawanan pada awal, melangkah ke kelab besar atau menggantikan seseorang seperti Juergen Klopp setiap fasa membawa ujian tersendiri.

“Sekarang, kalah empat kali berturut-turut adalah satu lagi cabaran. Begitulah kehidupan seorang pengendali kelab bola sepak,” ujar Slot.

Walaupun rekod buruk sedang menimpanya, Slot menegaskan keyakinan dalam skuadnya masih utuh untuk kembali ke tahap terbaik.

“Dalam setiap perlawanan yang kami kalah, kami mencipta jumlah peluang yang luar biasa pada babak kedua.

“Jika kami terus melakukan itu dan memperbaiki beberapa aspek, ada sebab kukuh untuk percaya kami akan mula memenangi semula.

“Tetapi apabila anda mengejar perlawanan, anda mengambil risiko lebih besar dan di situlah kami menghadapi masalah dari segi pertahanan,” tambahnya.

Permulaan musim yang mencemaskan bagi Liverpool berlaku meskipun kelab itu membelanjakan £446 juta (RM 2.52 bilion) dalam jendela perpindahan musim panas untuk memperkukuh skuad termasuk pemain seperti Alexander Isak, Florian Wirtz, Hugo Ekitike, Jeremie Frimpong dan Milos Kerkez.

Ringkasan AI

  • Pengendali Arne Slot mengakui mempunyai tugas berat untuk menghidupkan kembali prestasi merosot Liverpool selepas kekalahan daripada Manchester United
  • Slot kecewa pemainnya gagal memanfaatkan peluang besar termasuk percubaan Cody Gakpo yang terkena palang sebanyak tiga kali
  • Mohamed Salah telah tujuh perlawanan tanpa gol bukan penalti
  • Slot yakin skuadnya masih mampu kembali ke prestasi terbaik meskipun kalah empat kali berturut-turut
  • Liverpool membelanjakan £446 juta dalam jendela perpindahan musim panas untuk memperkukuh skuad



Source link

OR

Scroll to Top