Pelakon Rita Rudaini sekali lagi menjadi perhatian apabila memberikan pandangannya berkenaan tanggungjawab nafkah bekas suami nafkah terhadap anak-anak selepas bercerai.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Rita memuat naik laporan berita mengenai bekas suami yang gagal membayar nafkah boleh dipenjarakan.
BACA: “Untuk Arwah-Arwah & Bakal Arwah, Tak payah Berkira Hal Nafkah Anak-Anak”

“Kalau bekas suami tu dah nak mampus, tak ada lah sakit hati kalau tak dapat nafkah kan? Yang mengelat tu kalau tak mahu bayar, lebih baik mampus je,” katanya.
Sebelum ini, Rita berkata ada dikalangan lelaki yang mempunyai duit untuk berkahwin lain namun berkira untuk membayar nafkah anak-anak dari perkahwinan terdahulu.






