“Kalau Unlock, Saya Tolong Lock Kan! I Have Enough Problem I Don’t Need Another One” – Fatin Afeefa Tak Tahu ‘Password’ Telefon Suami 

“Kalau Unlock, Saya Tolong Lock Kan! I Have Enough Problem I Don’t Need Another One” – Fatin Afeefa Tak Tahu ‘Password’ Telefon Suami 


Pelakon Fatin Afeefa mendedahkan dirinya memilih untuk tidak mengetahui kata kunci telefon pintar suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu tampil mempersoalkan mengenai adakah golongan isteri mengetahui kata kunci telefon pintar suami mereka.

“Wife to wife, kau orang tahu tak password phone suami kau orang?,” soal individu tersebut.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan menerima respons balas daripada Fatin yang memaklumkan, dia sebagai isteri tidak mengetahui kata kunci telefon pintar suaminya.

Malah, menegaskan dia sudah cukup dengan pelbagai masalah yang ada sekali gus meletakkan kepercayaan kepada Allah demi menjaga keamanannya.

“Tak tahu, kalau phone dia unlock, saya tolong lock kan. Saya dah banyak  masalah, tak payah nak tambah lagi.

“Ini bukan denial., ini adalah Tawakkal. Saya percaya dengan setiap ketentuan Allah SWT and i protect my peace.

“Saya tahu limitasi saya. When it’s time to leave, i will,” balasnya.

Sekadar info, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sebelum itu, Fatin juga pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, Fatin dan Adam Shahz dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

 



Source link

OR

Scroll to Top