July 19, 2024

Kami akan terus berjuang – Southgate

Kami akan terus berjuang – Southgate


ENGLAND menewaskan Switzerland menerusi sepakan penalti pada awal pagi Ahad untuk mengekalkan impian mereka memenangi Euro 2024 ketika mereka mara ke pertembungan separuh akhir menentang Belanda.

Dalam aksi di Duesseldorf, England sekali lagi terpaksa bangkit selepas ketinggalan dalam perlawanan berakhir 1-1 selepas 90 minit sebelum pasukan kendalian Gareth Southgate itu menang 5-3 dalam penentuan sepakan penalti.

England menyempurnakan semua sepakan penalti mereka, manakala pemain Switzerland, Manuel Akanji menjadi satu-satunya pemain yang gagal menewakan Jordan Pickford.

Aksi yang suram untuk 75 minit selepas Breel Embolo meletakkan Switzerland di hadapan dan kemudian England bangkit lima minit kemudian untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Bukayo Saka.

Tiada gol lagi tercipta sepanjang masa tambahan biarpun pemain gantian Xherdan Shaqiri hampir memastikan Switzerland mara apabila percubaanya terkena tiang terus daripada sepakan sudut.

“Kami tidak akan berhenti berjuang dan berada di satu lagi separuh akhir. Kami akan lihat sejauh mana kami boleh pergi.

“Sesekali mesti ada keseronokan dalam apa yang telah dilakukan. Jadi, pasukan perlu menikmati saat ini,” kata Southgate, yang menandakan kemenangan dalam perlawanan ke-100nya dengan menari di hadapan penyokong England.

Dalam pada itu, Switzerland telah mara ke lima suku akhir sama ada di Piala Dunia atau Euro, namun tewas kesemuanya.

“Sudah tentu ia amat menyakitkan apabila kami mempunyai peluang yang baik. Saya sangat sedih untuk pemain dan negara bahawa selepas persembahan seperti itu kami perlu meninggalkan kejohanan itu,” kata jurulatih Switzerland, Murat Yakin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top