July 23, 2024

Kemenangan istimewa Belanda

Kemenangan istimewa Belanda


JURULATIH Belanda, Ronald Koeman berkata pasukannya membuktikan mereka tidak pernah menyerah kalah untuk bangkit dari ketinggalan menewaskan Turkiye 2-1 pada awal pagi Ahad untuk mara ke separuh akhir Euro 2024.

Dua gol dalam masa tujuh minit membantu Belanda menewaskan Turkiye dalam pertembungan sengit suku akhir di Berlin dan mengesahkan tempat ke separuh akhir bertemu England.

Stefan de Vrij menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-70 selepas Samet Akaydin meletakkan Turkiye di depan, sebelum gol sendiri Murt Muldur enam minit kemudian memberikan Belanda kemenangan.

“Saya fikir untuk seluruh negara ia sesuatu yang istimewa, kami adalah negara kecil dan kami berada di separuh akhir bersama England Perancis dan Sepanyol, dan kami amat berbangga.

“Kami terpaksa ‘menderita’ malam ini kerana terlebih dahulu ketinggalan, namun pemain bangkit memberikan segala-galanya.Ia adalah perlawanan yang sangat emosional.

“Kami mempunyai ‘jiwa yang besar’ dan kadang-kadang kami mendapat kritikan kerana dilihat tidak mempunyai kriteria itu berbanding negara lain, (tetapi) pemain telah membuktikan hari ini,” katanya.

Peminat Turkiye mendominasi tempat duduk penonton di stadium itu kerana ramai rakyat mereka tinggal di Jerman, namun Belanda berjaya mengatasi situasi itu.

“Ia satu kejayaan besar untuk dapat bermain separuh akhir. Anda lihat malam ini tidak ada negara kecil, anda perlu berjuang dan bermain dengan baik. Ada saat-saat sukar dalam permainan tak kira siapa pun lawan anda,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top