Penyanyi terkenal, Shila Amzah tampil menegur segelintir pihak yang didakwa sering meminta bayaran atau tawaran secara ‘pakej suami isteri’ apabila melibatkan kerjasama atau kemunculan bersama pasangannya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai MZ.
Menerusi perkongsian di Threads, Shila meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak yang tidak menghormati kerjaya seni mereka dengan cuba menawarkan bayaran seolah-olah kedua-duanya datang dalam satu pakej promosi.
“Tetaplah nak harga package suami isteri. Usahlah wahai kawan.
“Kasihani lah kami-kami yang freelance ini. We don’t come in package. Kami bukan beli satu, percuma satu,” katanya.
Jelasnya, walaupun dia dan suami sering tampil bersama di pelbagai acara dan program, namun kedua-duanya mempunyai komitmen kerja serta nilai profesional masing-masing yang perlu dihormati.
“Tidak kiralah muncul satu saat ke, cuma guna suara ke?,” tambahnya.

Kenyataan penyanyi lagu Patah Seribu itu mendapat sokongan ramai peminat yang bersetuju dengan apa yang diluahkannya memandangkan setiap individu dalam industri hiburan wajar diberi bayaran mengikut kadar kerja masing-masing tanpa mengaitkan status perkahwinan mereka.








