July 27, 2024

Kanak-kanak maut, tiga parah akibat kereta terbabas

Kanak-kanak maut, tiga parah akibat kereta terbabas



mdroji@bh.com.my

Kuching: Kanak-kanak lelaki maut, manakala tiga lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Jalan Sri Aman-Serian, hari ini.

Mangsa berusia 11 tahun yang identiti belum dikenal pasti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tiga mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sri Aman menggunakan ambulans Klinik Kesihatan Pantu sebelum ketibaan bomba.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah adalah seorang lelaki dewasa, wanita dewasa dan seorang bayi, manakala dua lagi mangsa cedera ringan.

“Kami menerima panggilan pada 5.32 petang dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman diarahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati sebuah kereta Perodua Viva yang dinaiki enam orang remuk selepas mengalami kemalangan kendiri.

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh anggota paramedik, manakala tiga lagi cedera parah,” katanya.

Menurutnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top