Munich: Harry Kane terus membuktikan ketajamannya apabila menjaringkan gol ke-32 musim ini untuk membantu Bayern Munich bangkit menewaskan Stuttgart 4-2 sekali gus mengesahkan kejuaraan Bundesliga.
Kemenangan itu menyaksikan Bayern meraih gelaran ke-35, rekod baharu — dengan baki empat perlawanan masih berbaki.
Selain Kane, jaringan Bayern turut disumbangkan Raphael Guerreiro, Nicolas Jackson dan Alphonso Davies.
Stuttgart yang memberi tentangan sengit berjaya mencipta gol menerusi Chris Fuehrich dan Chema Andres, namun gagal menghalang kebangkitan tuan rumah.
© New Straits Times Press (M) Bhd






