KDA FC congak strategi berdepan JDT tanpa Syafiq Ahmad

KDA FC congak strategi berdepan JDT tanpa Syafiq Ahmad


KEDAH Darul Aman (KDA) FC mencongak strategi baharu selepas penyerangnya, Syafiq Ahmad tidak dapat diturunkan pada aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024-2025 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, pasukan kejurulatihan sedang menimbang beberapa penyerang lain untuk menggantikan posisi Syafiq yang dipinjam dari JDT bagi memastikan jentera penyudah Sang Kenari terus tajam bagi merobek gawang lawan.

“Kami ada beberapa pilihan dan kita akan pastikan pemain itu sesuai untuk kita gunakan. Ia bergantung bagaimana cara kita mahu bermain menentang JDT nanti.

“Jadi saya sedang menilai siapakah yang paling sesuai dan mampu memberi impak terbaik di posisi itu nanti,” katanya mengulas pertemuan menentang juara bertahan Piala FA tersebut.

Selain Syafiq, Sang Kenari mempunyai beberapa lagi penyerang seperti Milos Gordic dam Ebenezer Assifuah di posisi berkenaan.

Jelasnya, persediaan rapi dilakukan oleh KDA FC bagi menghadapi corak permainan pantas JDT berdasarkan pemerhatian beberapa perlawanan Harimau Selatan sebelum ini.

Menurutnya, rata-rata pemainnya berpengalaman malah sudah biasa berdepan dengan pasukan lawan sejak beberapa musim lalu.

“Kita akan bersedia secukupnya kerana JDT sentiasa akan bertambah baik berbanding musim-musim sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Nafuzi, perlawanan pada Jumaat dianggap penting buat Kenari dalam memburu keputusan positif sebelum aksi timbal balik separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Ogos depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top