PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim berkata The Red Devils berada dalam detik sukar selepas kekalahan 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford pada Ahad.
Menurut Amorim, dia juga memahami kekecewaan peminat dengan kekalahan tersebut dan berjanji prestasi United akan lebih baik selepas ini.
Kekalahan itu menyaksikan United telah tewas dua perlawanan berturut-turut selepas turut disingkirkan oleh Tottenham Hotspur daripada saingan Piala Liga pada Khamis.
Ia juga menjadi kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford selepas turut tewas 2-3 kepada Nottingham Forest awal bulan ini.
“Ia adalah saat yang sukar tetapi kami perlu menghadapinya dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.
“Menjadi tanggungjawab saya untuk melatih mereka. Sudah tentu kami mahu menang selepas ini. Keadaan ketika ini sangat sukar.
“Untuk kelab seperti Manchester United kalah di laman sendiri, ia benar-benar sukar untuk semua orang. Dan sudah tentu peminat sungguh kecewa dan penat,” katanya.